[VIDEO] “Sorry Dah 19 Tahun Takde Tangan..”- Couple Muda Ini Buat Netizen Sebak

Cinta tak mengenal rupa paras. Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk menggambarkan hubungan istimewa sepasang anak muda ini. Meskipun teman lelakinya mempunyai fizikal kurang sempurna, ia tidak menjadi masalah dalam percintaan mereka. Menerusi Twitter gadis dikenali sebagai Nuha ini, dia telah memuat naik sebuah video sweet ketika menyambut hari jadi teman lelakinya itu. 

Baca : Tak Sengaja Beri Harapan, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Dicintai Lelaki Psik0

Perkongsian videonya telah mendapat 14,000 retweets setakat ini. Dalam video tersebut, mereka berdua kelihatan sangat bahagia dan lelaki itu juga sempat mengucapkan maaf kerana tidak mempunyai tangan selama 19 tahun berturut-turut.

Melihat hubungan istimewa seperti ini, mereka seakan membuktikan bahawa kekurangan rupa paras bukanlah halangan untuk merasa bahagia. Beruntung betul tuan badan apabila mendapat teman wanita yang tulus seperti ini!

 

Saya gembira tengok orang macam dia tersenyum. Saya tahu kehidupan awak tak mudah. Banyak halangan kena lalui dari kecil sampai sekarang. Awak layak merasa bahagia. Jangan tanya saya kenapa pilih dia. Saya pun tak tahu.

Menyaksikan video ini, netizen juga merasa kagum kerana gadis ini sanggup menerima kekurangan teman lelakinya. Dalam zaman sekarang, bukan senang nak cari p4sangan yang betul-betul boleh menerima kita seadanya. Sebab itulah bila dikurniakan peluang seperti ini, janganlah mensia-siakannya.

Orang kata cinta tak perlu sempurna.. kita sempurnakan ia

Entah kenapa aku pulak rasa nak nangis tengok video ni

Aku sedar banyak anugerah Tuhan yang begitu bermakna

Sumber : Twitter Nuhaadenan

Apa Komen Anda?