Hiburan

[VIDEO] “Sounds Like Baba”- Anak Tuju K-Clique Terkejut Tahu Siapa ‘Orang Utan’

[VIDEO] “Sounds Like Baba”- Anak Tuju K-Clique Terkejut Tahu Siapa ‘Orang Utan’

Sharing is caring!

Semalam telah menyaksikan berlangsungnya pentas akhir bagi rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ setelah hampir 8 minggu bersiaran di Astro Warna. Malam penentuan itu telah menyaksikan ‘Bunga Raya’ telah berjaya mengungguli tempat pertama sekali gus bergelar juara selepas mendapat kutipan markah tertinggi.


BACA: Bawa Kostum Nasi Lemak, Netizen Terkejut Lihat Siapa Sertai The Masked Singer

8 minggu bertarung dalam kostum Orang Utan, rupanya identiti milik Tuju K-Clique

Rupa-rupanya individu di sebalik kostum berkenaan adalah merupakan penyanyi terkenal, Aina Abdul yang telah membawakan lagu ‘Listen‘ nyanyian Beyonce dan juga ‘Malam Ini Kita Punya’ daripada Bunkface. Tetapi, lebih mengejutkan adalah identiti bagi peserta yang menyarung kostum ‘Orang Utan’ iaitu Tuju daripada kumpulan K-Clique. Setelah berminggu-minggu para penonton dan juga juri berteka-teki, semuanya terjawab selepas penyanyi itu berjaya mendapat tempat ketiga. Artis berusia 24 tahun itu telah melantunkan lagu ‘Dia’ serta ‘Sang Saka Biru’.


Anak lelaki Tuju dan Loca B teruja identiti ayah akhirnya terbongkar

Menerusi Instagram isteri kepada penyanyi berkenaan iaitu Loca B, anak lelaki mereka Yusuf teruja apabila dapat mengenal pasti suara si ayah walaupun berada di sebalik topeng. Si kecil itu dilihat sangat bangga dengan penampilan pelantun lagu ‘Mimpi’ itu di kaca TV. Dia juga sempat berseloroh mengatakan peserta kegemarannya telah bertukar daripada Enggang ke Orang Utan.


Sumber: Instagram Astro Gempak & Kuning Langsat 

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini