[VIDEO] ‘Sporting’ Menari TikTok, Ramai Terkesima Wajah Menawan Ibu 4 Anak Ini

Sejak kebelakangan ini, tak dinafikan bahawa aplikasi hiburan Tik Tok semakin popular dalam kalangan pengguna media sosial sama ada golongan muda-mudi ataupun yang sudah berusia. Meskipun ada sesetengah pihak yang mengkritik ia sebagai medium untuk berhibur sakan semata-mata, hakikatnya aplikasi tersebut turut digunakan oleh masyarakat bagi mempamerkan sisi kreativiti masing-masing dalam pembikinan video.

BACA: [VIDEO] Sarah Suhairi ‘Daebak’, Nyanyi Lagu Dangdut Depan Ribuan Penonton Korea

Mak pertama kali main TikTok dengan kami

Advertisement

Siapa sangka, teknologi tersebut juga boleh merapatkan lagi hubungan antara seisi ahli keluarga? Menerusi paparan video yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Danny ini, dia nyata sangat teruja apabila ibu kesayangan sudi membuat penampilan pertama dalam aplikasi tersebut sambil menari bersama adik perempuannya sekali.

Sangat sporting & pandai menari dengan anak-anak

Advertisement

Dalam rakaman berdurasi 15 saat itu, ketiga-tiga mereka nyata kelihatan amat berseronok dan enjoy apabila melakukan beberapa gerak tari bersama-sama. Tidak cukup dengan itu, ibunya turut melakukan pergerakan sendiri di awal dan hujung video berkenaan. Secara keseluruhannya, video tersebut telah menjadi tular apabila meraih lebih 60 ribu tontonan dan 3 ribu retweets sejak semalam.

Muka kami 4 beradik semua ikut bapak

Menerusi ruangan komen pula, majoriti netizen dilihat memuji dan kagum dengan keadaan fizikal yang dimiliki oleh wanita tersebut meskipun usianya mencecah angka 40 pada tahun ini. Mereka turut berseloroh menyatakan bahawa Danny bukan menari bersam ibu, tetapi dengan kakaknya. Gara-gara itu, pemuda ini turut menjelaskan bahawa keempat-empat beradiknya lebih terikut wajah bapa mereka manakala ibunya memang menawan sejak dahulu lagi.

Advertisement

Advertisement

Mak macam kakak je rupa…awet muda & lawa

Advertisement

Sumber: Twitter Mistervain_

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?