[VIDEO] Suami Tunai Hasrat Isteri ‘Mengidam’ Bawa GrabFood, Boleh Tahan Laju!

‘Mengidam’ adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakkan wanita yang sedang mengandung. Namun begitu, para suami kena ingat bahawa keinginan yang tinggi ini bukanlah berlaku terhadap jenis makanan yang lazat-lazat sahaja. Hal ini kerana ada sesetengah bakal ibu kadangkala boleh mengidam untuk melakukan bermacam aktiviti pula seperti dipaparkan dalam video yang sedang meningkat viral di Twitter baru-baru ini.

BACA: “Isteri Yang Selalu Jerit Pada Anak2, Dalam Diam Rupanya Dia Tagih Cinta Suami”

Menurut wanita dikenali sebagai Zulfahani Zulkifli ini, dia sudah lama teringin mengikut suaminya untuk membuat food delivery tapi tidak dibenarkan oleh suaminya. Gara-gara itu, dia cuma mampu menggalas beg servis penghantaran makanan itu sahaja menerusi paparan tweet sebelum ini.

Akan tetapi, hasratnya telah termakbul pada malam tadi apabila diizinkan oleh suami, iaitu Haikal untuk menghantar satu tempahan. Menariknya lagi, dia turut memeriksa motosikal miliknya terlebih dahulu sebelum memantau rapat isteri sepanjang dia berada di atas jalanraya.

Orang mengidam makan sedap2…ko ngidam nak bawa Grab dah kenapa

Bagaimanapun, wanita ini berasa sedikit ralat selepas melakukan tugas terbabit kerana pelanggan yang membuat tempahan itu sebenarnya adalah bekas majikannya suatu masa dahulu.

Sabarlah layan orang mengandung…jaga mama & baby elok2 lepas ni

Ternyata video yang menampilkan gelagat comel dan lucu antara suami isteri ini telah mencuri perhatian ramai serta meraih jumlah lebih 30 ribu tontonan setakat ini. Di ruangan komen pula, rata-rata netizen berseloroh dengan kemahuan Zulfahani yang disifatkan sebagai sangat rare kerana tidak pernah dibuat oleh mana-mana wanita. Dalam pada itu, mereka turut menitipkan doa agar kesihatan diri dan kandungannya dalam keadaan yang baik serta dipermudahkan urusan mereka sekeluarga selepas ini.

Sumber: Twitter haikalmazlan & zlfhnzulkifli

Apa Komen Anda?