Family

[VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

[VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

Sharing is caring!

Tak dinafikan, cahaya mata merupakan anugerah paling dinanti setiap insan yang sudah mendirikan perkahwinan. Gelagat anak-anak bukan sahaja mampu menceriakan suasana, malah sekali gus melengkapkan lagi sesebuah mahligai rumah tangga yang telah terbina. Namun, tidak semua keluarga berpeluang mendapatkan kebahagiaan itu kerana belum dikurniakan rezeki untuk memperoleh sebarang zuriat lagi dalam masa terdekat.

BACA: Penantian 4 Tahun Berakhir, Aeril & Wawa Selamat Timang Cahaya Mata Ke-3

10 tahun menantikan zuriat pertama

Begitulah pengalaman yang dirasai oleh suami isteri yang muncul dalam sebuah perkongsian video yang dibuat oleh doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr. Thokha Muhammad ini. Menurut beliau, mereka telah menantikan berita positif tentang kehamilan selepas hampir 10 tahun berkahwin.

Reaksi sebak bakal ibu & ayah baru


Pada awalnya, wanita tersebut mengalirkan air mata kerana menyangka bahawa hasil ujian kehamilan memaparkan keputusan yang tidak memberangsangkan. Namun selepas menyaksikannya dengan mata sendiri, dia dan suami tidak dapat mengawal perasaan sebak apabila dimaklumkan berjaya mengandung cahaya mata pertama. Sambil menitipkan ucapan kesyukuran, Dr Tokha turut menasihati mereka agar buat check up berkala hingga usia bayi mencecah 11 minggu.

[VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

Menangis tengok…faham perasaan sekian lama dapatkan zuriat

Detik tersebut ternyata telah menyentuh hati setiap netizen yang mengikuti Instagram pakar O&G berkenaan. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah serta menzahirkan rasa terharu terhadap suami isteri berkenaan. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman bertahun-tahun menantikan zuriat sendiri.

[VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat


[VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

[VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

[VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

Sumber: IG drthokha


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

Sharing is caring!