Hiburan

[VIDEO] Suara Lunak Merdu, Erra Fazira Terlepas Peserta Berbakat Besar

[VIDEO] Suara Lunak Merdu, Erra Fazira Terlepas Peserta Berbakat Besar

Sharing is caring!

Program  realiti hiburan ‘I can See Your Voice Malaysia’ sering menjadi perhatian ramai saban minggu. Drama dan persembahan para peserta serta artis jemputan ternyata membuatkan penonton tidak kering gusi. Dalam episod terbaru malam tadi, Erra Fazira telah diundang sebagai selebriti jemputan manakala pelakon Kamal Adli dan Eira Syazira pula hadir sebagai panel penyiasat.

BACA : [VIDEO] Kecoh Studio Bila DS Aliff ‘Pengsan’ Dengar Suara Abang Bomba

[VIDEO] Suara Lunak Merdu, Erra Fazira Terlepas Peserta Berbakat Besar


Terpaksa ‘tadah’ telinga

Erra dilihat terpaksa menadah telinga apabila memilih penyamar sebagai rakan duetnya di akhir rancangan. Peserta nombor 6 itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3 ribu apabila berjaya memperdaya primadona filem Melayu alaf baru itu. Wan Nurin Nadhirah Wan Mahadi turut menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyiannya yang penuh keyakinan walaupun sumbang. Walau bagaimanapun, peminat memuji Erra Fazira yang tetap ‘melayan’ penyamar tersebut sehingga tamat lagu tersebut.

Dapat standing oviation

Tumpuan episod malan tadi juga beralih kepada peserta nombor 3 apabila Erra menyingkirkannya pada pusingan separuh akhir. Amierah Hashimah Mohd Hashim berjaya memukau penonton sehingga mendapat standing oviation daripada kesemua ahli panel penyiasat ketika mengalunkan suaranya. Pelajar Aswara tersebut malah dilihat tidak dapat menahan sebak kerana dapat membuat persembahan di hadapan Erra Fazira. Walau bagaimanapun Amierah berterima kasih kepada pelakon itu kerana memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan bakat yang dimiliki kepada orang ramai.

[VIDEO] Suara Lunak Merdu, Erra Fazira Terlepas Peserta Berbakat Besar

Erra terciduk lagi

Selain itu, primadona melayu itu turut menyingkirkan seorang lagi penyanyi sebenar. Walaupun pada permulaan rancangan Erra yakin bahawa perserta nombor 1 itu bukan penyamar, namun kerana ‘hasutan’ daripada ahli panel penyiasat telah membuatkan penyanyi itu ‘terciduk’ sekali lagi. Walau bagaimanapun, peminat turut memuji Erra Fazira dan Yusry yang dilihat professional dalam mengendalikan program itu meskipun mereka pernah mempunyai sejarah silam.


[VIDEO] Suara Lunak Merdu, Erra Fazira Terlepas Peserta Berbakat Besar

Sumber : Instagram TV3 Malaysia & YouTube TV9 Malaysia Official


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Suara Lunak Merdu, Erra Fazira Terlepas Peserta Berbakat Besar

Sharing is caring!