Hiburan

[VIDEO] Suara Merdu Maintain, Ramai Terubat Rindu Yuna Perform Live Di Malaysia

[VIDEO] Suara Merdu Maintain, Ramai Terubat Rindu Yuna Perform Live Di Malaysia

Sharing is caring!

Dari Kuala Lumpur hingga ke mata dunia, itulah gambaran tepat yang boleh diberikan kepada Yunalis Zarai atau Yuna. Terdahulu, dia pernah melakar sejarah tersendiri apabila wajahnya 2 kali muncul di papan iklan LED di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat. Sepanjang berkelana di negara Uncle Sam itu juga, Yuna telah dilamar agensi model terkenal dunia serta berkolaborasi dengan ramai artis antarabangsa.

BACA: Pernah Disuruh Buka Tudung Jika Mahu Jadi Penyanyi, Yuna Bongkar Cerita Lama

[VIDEO] Suara Merdu Maintain, Ramai Terubat Rindu Yuna Perform Live Di Malaysia

Yuna ubat rindu peminat setelah sekian lama tak muncul di kaca TV & buat persembahan di tanah air

Setelah sekian lama tidak membuat persembahan di secara live di kaca TV siaran Malaysia, nampaknya kerinduan peminat telah terubat apabila penyanyi berusia 33 tahun membuat kemunculan di konsert ‘Lazada 11.11 Super Show‘ malam tadi. Tampil dengan imej ikonik turban yang menjadi identitinya sejak beberapa tahun lalu, Yuna telah menghangatkan pentas dengan lagu ‘Dan Sebenarnya’ serta ‘Crush’ dengan arrangement lagu yang sangat fresh.


Vokal Yuna memang next level dibandingkan masa muda dulu…nostalgia betul lagu ‘Dan Sebenarnya’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personalitinya yang humble dan kualiti suara Yuna semakin mantap setelah sekian lama berkelana di AS. Dalam pada itu, mereka turut mengimbau kenangan membesar dengan lagunya suatu ketika dahulu.

[VIDEO] Suara Merdu Maintain, Ramai Terubat Rindu Yuna Perform Live Di Malaysia

[VIDEO] Suara Merdu Maintain, Ramai Terubat Rindu Yuna Perform Live Di Malaysia

[VIDEO] Suara Merdu Maintain, Ramai Terubat Rindu Yuna Perform Live Di Malaysia


[VIDEO] Suara Merdu Maintain, Ramai Terubat Rindu Yuna Perform Live Di Malaysia

Sumber: IG yunaliszarai & YouTube TV3MALAYSIA Official


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini