[VIDEO] Suara ‘Sebijik’ Saleem Iklim, Pemuda Ini Tak Sangka Dilamar Jadi Artis!

Zaman sekarang ini, terdapat ramai artis yang lahir daripada program realiti hiburan. Selain mengetengahkan bakat-bakat baru yang terpendam dalam kalangan masyarakat, rancangan seperti ini juga tak dinafikan boleh bertindak sebagai platform untuk mencipta nama sekali gus meraih ramai peminat masing-masing. Namun lain pula ceritanya dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai Along Thai ini apabila bakatnya dikesan hanya menerusi sebuah program bersama masyarakat sahaja.

BACA: “Ingatkan Penyamar, Sekali..” – Persembahan Ella & ‘Bina2 Malaysia’ Padu Habis!

Suara sebijik Allahyarham Saleem!

Menerusi sebuah rakaman video yang tular di laman Facebook dan Instagram baru-baru ini, lelaki tersebut pada awalnya dijemput oleh Harry Khalifah kerana dia mahu beramah mesra dengan peminat. Tetapi saat Along menyampaikan nyanyiannya di pentas karnival ekspo tersebut, semua orang nyata terpegun dengan aksi persembahannya yang turut dikatakan mirip dengan Allahyarham Saleem Iklim.

“Adakah anda setuju kalau saya ambil dia sebagai artis?”

Bagus bagi peluang pada orang berbakat…tak payah susah2 masuk program realiti

Selepas meluangkan masa dengan pemuda itu sambil beberapa kali memeriksa kesahihan suaranya, Harry Khalifah malah turut menawarkan lelaki bertuah ini untuk menjadi seorang artis di bawah kendaliannya. Ternyata perkara itu disambut baik oleh rata-rata penonton yang hadir bagi menyaksikan detik tersebut. Malahan, rata-rata netizen juga memuji bakat yang dimiliki oleh Along selain mendoakan dia agar lebih berjaya di masa yang akan datang.

Sumber: IG kelakau.vid & FB OG Pangkor & Along Thai

Apa Komen Anda?