[VIDEO] Suasana Santai Tiba-Tiba Bertukar Cemas Bila Rumah Dimasuki Perompak!

Zaman sekarang, ancaman boleh datang daripada pelbagai arah yang kita tak terjangka langsung. Jika sebelum ini kecoh mengenai kejadian ragut yang berlaku sekelip mata di depan SOGO tempoh hari, kali ini sebuah rumah pula dipecah masuk oleh sekumpulan perompak sewaktu sedang berehat di kediaman mereka. Rakaman tersebut telah menjadi tular di laman sosial selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.

BACA: “Buat Malu Runner Je..” – Lelaki Ini Terakam Kejadian Ragut Di Depan SOGO!

Memetik laporan portal Kosmo, situasi cemas tersebut difahamkan berlaku kira-kira jam 9.41 malam di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat. Pada waktu itu, ada lapan orang ahli keluarga yang berusia 12 hingga 70 sedang berada di bahagian ruang tamu dan meja makan rumah tersebut. 

7 diikat, seorang pula dibawa naik ke bilik atas…nilai kerugian RM30 ribu

Menurut Superintendan Azizan Tukiman, siasatan awal mendapati bahawa terdapat enam orang suspek telah menghentikan kenderaan yang dinaiki oleh mereka di luar. Tambahnya lagi, tiga daripada mereka telah bertindak untuk memanjat tembok pagar rumah tersebut sebelum masuk ke bahagian ruang kediaman itu sambil memegang parang.

Usaha mengesan mereka sedang diteruskan..

Selepas suspek beredar, seluruh ahli keluarga itu berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan jiran bagi menghubungi pihak berkuasa. Walaupun banyak harta dirampas, namun kesemua mereka dilaporkan dalam keadaan yang baik-baik sahaja . Jelas Ketua PoIis Daerah Kuala Langat itu lagi, pihaknya gagal menemui sebarang kesan cap jari di lokasi tersebut kerana suspek telah memakai sarung tangan. Dalam pada itu, usaha mengesan suspek sedang diteruskan dan beliau meminta kerjasama masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar terus laporkan kepada pihak berkuasa.

Sumber: IG kosmo_online & Twitter fvkhrie

Apa Komen Anda?