[VIDEO] “Sumpah Cute!” – Ragam Adik Maisarah Redah Halangan Buat Ramai Terhibur

Jika anda masih ingat, kanak-kanak istimewa bernama Maisarah Ilham ini dahulu pernah mencuri tumpuan di Internet menerusi beberapa gelagat comelnya. Difahamkan semua paparan itu biasanya dikongsikan oleh guru sekolahnya yang dikenali sebagai Fazri Hassan. Biarpun bergelar murid pendidikan khas kategori Lewat Perkembangan, namun dia sering memenangi hati para netizen terutamanya di laman Twitter.

BACA: [VIDEO] “Macam Tengah Menari..” – Gelagat Adik Maisarah Buat Kuih Curi Tumpuan

Sarah menguasai halangan ‘Ninja Warrior’

Terbaru, Fazri telah memuat naik pula video yang menampilkan kanak-kanak berusia 8 tahun itu bermain dengan halangan ‘Ninja Warrior’ di satu kawasan lapang sekolah mereka yang terletak di Sandakan, Sabah. Meskipun tidaklah sama tahapnya dengan trek halangan sebenar, namun keceriaan yang jelas terpancar daripada riak wajah anak istimewa ini yang menceritakan segala-galanya.

Apsal comel sangat ni? Bangganya dia dapat lepas semua halangan

Walaupun kelihatan mudah sahaja dia melakukannya, siapa sangka paparan video yang berdurasi tidak sampai seminit ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 13 ribu retweets setakat ini. Selain perasaan bangga telah diluahkan oleh guru adik Maisarah ini, rata-rata netizen turut berseloroh tentang keletah innocent dan comel yang ditampilkan olehnya. Ekoran itu, mereka juga memuji sikap mulia guru yang tidak berputus asa mendidik generasi muda berkelainan upaya seperti ini.

Sumber: Twitter FazriHassan

Apa Komen Anda?