Viral

[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai

[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai

Sharing is caring!

Perkhidmatan penghantaran barangan seperti bunga, kek, coklat atau sekadar kad ucapan dilihat semakin popular menerusi laman sosial. Perkhidmatan tersebut pastinya memudahkan urusan sesiapa sahaja yang bercadang untuk membuat ‘surprise’ tanpa perlu bertemu insan tersayang. Kadangkala, kejutan itu tidak semestinya berkonsepkan mewah kerana sedikit idea luar biasa cukup memberikan seribu makna buat mereka.

BACA : Dari Melaka Ke Subang, Effort Lelaki Surprise Girlfriend Buat Rakan Tersentuh


Delivery hari ini mengajar aku sesuatu..

Terbaharu, seorang perancang kejutan atau ‘surprise delivery‘ bernama Siti Sarah telah berkongsi momen sweet suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan saat menerima kejutan daripada anak mereka. Menerusi rakaman video berdurasi lebih dua minit itu, riak wajah gembira jelas terpampang apabila menerima pemberian si anak yang disertakan ucapan penghargaan buat ibu bapanya.

[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai

[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai

MasyaAllah.. aku menangis saat membaca ucapan itu

Menurut Sarah, kejutan kali ini benar-benar menyentuh hatinya sehinggakan dia sendiri gagal menahan air mata ketika membacakan ucapan si anak yang begitu mengharukan. Meskipun kejutan itu satu hal menggembirakan, namun terbit rasa sayu mengenang kasih sayang anaknya yang begitu menghargai orang tuanya menerusi ucapan berkenaan.


[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai

[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai

[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai

 

Bertuahnya mak ayah dapat anak macam kakak

Dalam pada itu, kedua-dua insan istimewa ini turut membalas ucapan terima kasih dan mendoakan agar urusan anak mereka yang bertugas sebagai jururawat sentiasa dipermudahkan. Dikongsi sejak semalam, klip video tersebut berjaya meraih hampir 7 ribu tononan daripada netizen. Rata-rata mereka mengakui sebak dan terharu dengan kejutan si anak buat ibu bapanya.

[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai [VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai [VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai

Sumber : Facebook Siti Sarah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!