[VIDEO] “Sweet Je Last Tu” – Duet Hindustan Syafie & Uqasha Buat Ramai Terhibur

Masa zaman kecil dulu-dulu, siapa yang tak pernah tengok filem Hindustan? Kalau ada yang cakap tak pernah, mungkin anda sudah terlepas satu bentuk hiburan sepanjang hidup di muka bumi ini. Kalau golongan muda sekarang lebih meminati K-pop serta sanggup menghabiskan beratus ringgit semata-mata untuk ke konsert idola masing-masing, lain pula ceritanya untuk ‘si kaki Bollywood’. Kenangan menyanyi sambil berdrama atau main di sebalik pokok kelapa pun sudah boleh jadi hiburan sampai ke waktu ini.

BACA: “Ingatkan Penyamar, Sekali..” – Persembahan Ella & ‘Bina2 Malaysia’ Padu Habis!

Mungkin itulah juga moment yang cuba dirasai oleh 2 pelakon terkenal ini iaitu Uqasha Senrose dan juga Syafie Naswip. Menerusi paparan video yang dimuatnaik di IG pelakon filem ‘Mukhsin’ ini, dia berkongsi sedikit sedutan yang sempat dilakukan mereka sewaktu berehat ketika di set penggambaran.

Sambil tunggu scene masing-masing..

Macam faham je maksud lagu tu…reaksi muka korang best

Menerusi video yang berdurasi lebih 4 minit itu, sebanyak 7 buah lagu Hindustan popular yang telah dimainkan oleh Syafie dan Uqasha. Menariknya, setiap gerak tubuh dan lip sync yang meniti di mulut kedua-dua pelakon ini sangat tepat seolah-olah mereka yang menyampaikan kesemua lagu berkenaan. Rata-rata netizen yang menontonnya turut meluahkan rasa terhibur dengan setiap aksi sweet yang ditampilkan selebriti ini, terutamanya di babak terakhir video tersebut.

 

Sumber: IG syafienaswip & FB Uqasha Senrose

Apa Komen Anda?