[VIDEO] Syok ‘Feeling’ Nyanyi Di Majlis Konvo, Reaksi Graduan Ini Lawak Habis

Tiba sahaja musim konvokesyen, pasti ada bermacam perkara yang menjadi perhatian khususnya di laman sosial. Selain kisah-kisah yang memberikan inspirasi atau menyayat hati, tak kurang juga dengan beberapa gelagat lucu yang ditampilkan oleh para graduan sewaktu meraikan hari istimewa itu. Jika sebelum ini gelagat beberapa graduan UIA menjadi tular di laman sosial, kini giliran UNISEL pula yang tidak kurang lucunya.

BACA: [VIDEO] Selamba Buat Aksi Lentik Depan Kamera, Habis Riuh Gamat Dewan Konvo

Bila tengah feeling nyanyi masa konvokesyen

Advertisement

Bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Ke-14 yang berlangsung pada minggu ini, ribuan graduan telah diraikan di dewan keramat universiti tersebut. Namun begitu, ragam seorang graduan lelaki yang seakan-akan sedang menjiwai muzik latar telah viral di laman Twitter apabila berjaya dirakam lensa kamera yang sedang membuat liputan dalam acara tersebut.

Wajah terus berubah lepas nampak muka sendiri di skrin besar

Ketika lagu ‘My Heart Will Go On‘ dimainkan, pemuda yang dikenali sebagai Zaf ini dilihat sedang khusyuk atau feeling sambil mengikuti setiap bait liriknya. Menariknya, wajah graduan ini terus berubah menjadi kaku seolah-olah tiada apa yang berlaku sebaik terlihat aksinya di skrin utama. Dewan konvokesyen berkenaan turut menjadi riuh seketika apabila para hadirin terhibur menyaksikannya.

Advertisement

Comel betul…terus tunduk muhasabah diri

Secara keseluruhannya, paparan yang berdurasi kira-kira 10 saat itu telah meraih lebih 35 ribu jumlah tontonan dan 5 ribu retweets setakat ini. Di samping terhibur menyaksikan reaksi terkejut yang ditampilkan oleh Zaf, ada juga netizen yang mendedahkan bahawa mereka pernah melakukan perkara sama di majlis konvokesyen institusi masing-masing.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter faaarahyazid & ainulashikinn

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?