[VIDEO] Syok Main Gelongsor Di Longkang – “Maknya Nak Libas Pakai Getah Paip!”

Apabila dunia semakin maju, tanpa sedar budaya kita sedikit demi sedikit mula pudar mengikut peredaran masa. Jika dibandingkan trend kanak-kanak masa kini yang kerap menghabiskan waktu lapang dengan gajet di tangan, belum tentu mereka dapat pengalaman yang kita semua alami sewaktu zaman membesar dahulu kala. Walaupun tidak dapat diulang kembali, namun kenangan itulah yang boleh membuatkan kita tersenyum sendiri.

BACA: [VIDEO] “Adik Ni Tak Relax Weh” – Budak Kalah Silat Terpaksa Diusung Keluar

Budak-budak ni kreatif…main hujan lebat paling syok

Baru-baru ini, sekumpulan remaja telah menjadi tular di Facebook apabila menghidupkan kembali antara nostalgia zaman dulu apabila bermain ‘gelongsor air’ di dalam longkang. Video yang dipercayai dirakam sekitar Taman Idaman Kluang, Johor ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Echan Al-Ikhsan dan telah dikongsi lebih 7 ribu kali setakat ini.

Budak tu masih sihat…maknya nak libas dengan getah paip

Menerusi paparan video itu, remaja lelaki yang berbaju merah itu dilihat meluncur laju serta smpat melalui bahagian ‘terowong’ lagi. Biarpun ada beberapa ketika semua orang yang memerhatikan risau engan keadaannya, namun dia bernasib baik dapat berhenti daripada jauh tersasar. Echan turut berkongsi info mengenai perkembangan remaja berkenaan susulan tersebarnya video terbabit.

Gembira lalui zaman kanak-kanak…tapi jangan buat lagi dik

Video itu nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Meskipun ada yang terhibur menyaksikan detik seronok yang dilalui kumpulan remaja tersebut, tapi dalam masa yang sama mereka turut khuatir dengan keselamatannya. Tambah-tambah lagi ada insiden budak yang masih belum ditemui selepas terjatuh ke dalam longkang di Ampang pada minggu lalu. Bahkan ada yang turut berseloroh apabila mengetahui ‘fungsi’ sebenar beberapa rakannya yang turut duduk sekali sebelum remaja berkenaan meluncur laju ke depan.

Sumber: FB Echan Al-Ikhsan

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?