[VIDEO] “Tak Haram Tapi…”-Ketahui Hukum Sebenar Kenakan Baju Raya Sedondon!

Setiap kali menjelang Hari Ray Aidilfitri, setiap keluarga khususnya si ibu akan bersungguh-sungguh menyediakan persiapan lagi-lagi bab baju raya. Ramai ibu yang gemar membeli baju raya sedondon dengan design dan warna yang sama. Baru meriah katanya! Walaupun perkara ini sudah menjadi kebiasaan  dan nampak macam tiada masalah, hukum mengenakan baju sedondon sebenarnya pernah menjadi persoalan dan hal ini telah dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Baju : [FOTO] Gigih Upah Tailor Bertaraf Diploma, Tapi Design Baju Raya Jahanam Teruk!

Daripada segi hukumnya, Ustaz Azhar Idrus berkata ia tidaklah haram dan tidak pernah dilarang oleh syarak. Namun begitu, niat dan juga tujuan beraya dengan baju sedondon haruslah diteliti semula. Adakah sekadar untuk memeriahkan perayaan ataupun mahu menyombong sehingga melibatkan kerugian? 

Gambar sekadar hiasan

Jika kita bukanlah dari keluarga yang senang, beliau menasihati agar trend ini tidak menjadi ikutan. Senang cerita, ukurlah baju di badan sendiri dan sentiasa nilai semula keperluan untuk berbuat demikian.

Hukum pakai baju sedondon…

Sumber : Youtube Ustaz Azhar Idrus Official

Apa Komen Anda?