Hiburan Viral

[VIDEO] Tak Ikut Trend Terkini, Tarian Viral Song Ji Hyo Jadi Bahan Ketawa

[VIDEO] Tak Ikut Trend Terkini, Tarian Viral Song Ji Hyo Jadi Bahan Ketawa

Rancangan realiti yang berjudul Running Man sudah tidak asing lagi bagi penggemar industri hiburan Korea Selatan. Walaupun telah lama bersiaran sejak tahun 2010, variety show yang sungguh menghiburkan ini masih lagi menjadi rancangan pilihan ramai. Antara ahli Running Man yang sering menjadi tumpuan adalah si jelita, Song Ji-hyo. Perwatakannya yang seperti tidak mengetahui apa-apa itu sering kali menjadi bahan ketawa ahli-ahli lain dan juga para peminatnya.


BACA: Keletah Comel Pak Haji Ikut Anak Menari #AnySongChallenge Mencuit Hati Netizen

Running Man buat #AnySongChallenge

Dalam episod 490 yang lalu,  setiap ahli Running Man dan para tetamu (Heo Kyeong-hwan dan Kang Han-na) diminta untuk memilih mana-mana telefon bimbit yang disediakan. Berdasarkan pilihan masing-masing, mereka diberikan sejumlah masa untuk digunakan sepanjang permainan tersebut. Ketika di pembukaan episod itu, para ahli Running Man telah membicarakan tentang #AnySongChallenge yang sedang trending waktu itu. Ia merupakan cabaran yang menjadi popular selepas video seorang penyanyi K-Pop, Zico menari tarian tersebut tular di Twitter.


Ji-hyo ikut menari, ramai terhibur

Ahli Running Man telah meminta Kyeong-hwan untuk melakukan tarian tersebut dan mencadangkan Song Ji-hyo untuk menari bersamanya. Pada mulanya, mereka menyangka selebriti wanita tahu apa yang perlu dilakukan tetapi tekaan mereka semua salah apabila Ji-hyo hanya meniru tarian Kyeong-hwan dan langsung tidak mengikuti rentak lagu. Mereka semua mentertawakan Ji-hyo apabila diberitahu bahawa dia langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai #AnySongChallenge itu.


[VIDEO] Tak Ikut Trend Terkini, Tarian Viral Song Ji Hyo Jadi Bahan Ketawa

[VIDEO] Tak Ikut Trend Terkini, Tarian Viral Song Ji Hyo Jadi Bahan Ketawa

[VIDEO] Tak Ikut Trend Terkini, Tarian Viral Song Ji Hyo Jadi Bahan Ketawa[VIDEO] Tak Ikut Trend Terkini, Tarian Viral Song Ji Hyo Jadi Bahan Ketawa

Berdekah tengok Seok-jin menari

Mereka berdua yang tidak tahu akan tarian sebenar #AnySongChallenge itu hanya menari secara rawak sepanjang lagu itu dimainkan. Ahli-ahli Running Man yang lain pula kelihatan berdekah dan terhibur melihat gelagat Ji-hyo dan Kyeong-hwan itu. Mereka semua juga bersetuju bahawa Song Ji-hyo sememangnya tidak mengetahui apa-apa. Tidak cukup dengan itu, mereka dihiburkan pula dengan tarian Ji Seok-Jin dan Kang Han-na. Seok-jin yang seolah-olah berpura-pura tidak mengetahui tarian tersebut juga telah membuatkan mereka ketawa.

Sumber: Twitter pinkot9 & YouTube Kocowa Tv

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Tak Ikut Trend Terkini, Tarian Viral Song Ji Hyo Jadi Bahan Ketawa

Facebook

Telegram