Viral

[VIDEO] Tak Mahu Lepas, Gelagat Kucing Clingy Macam Baby Ini Buat Netizen Geram

[VIDEO] Tak Mahu Lepas, Gelagat Kucing Clingy Macam Baby Ini Buat Netizen Geram

Sharing is caring!

Hakikatnya ada banyak sebab kucing sering jadi pilihan popular untuk dipelihara masyarakat kita. Berbekalkan penampilan fizikal yang comel dan berbulu gebu, haiwan ini pasti boleh membuatkan ramai terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa. Tak cukup dengan itu, ‘si bulus’ juga terkenal dengan perangai manja dan ada sahaja aksi cute yang dipamerkan untuk menarik perhatian manusia.

BACA: [VIDEO] Manja Lentok Di Pangkuan Nenek Sebab Demam, Kucing Ni Buat Ramai Cair


‘Si bulus’ clingy & suka menempel dekat tuan dia…Siap dukung lagi macam anak dengan ayah

Baru-baru ini, tular di laman Twitter tentang gelagat seekor kucing yang kelihatan sangat clingy ketika bersama dengan pemiliknya. ‘Si bulus’ yang berwarna kelabu dan putih itu kelihatan sangat manja siap hulurkan kaki untuk mendakap erat lelaki tersebut supaya jangan lepas daripada mendukungnya. Malah gelagatnya bermanja dengan jejaka tersebut juga tak ubah seperti hubungan antara ‘anak dan bapa’. Dalam pada itu, kucing yang dijaga sangat rapi ini dilihat seolah-olah malu apabila aksi comelnya dirakam oleh lensa kamera.

Dahlah comel & siap hug tuan dia lagi…Terasa jealous betul tengok kucing ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa ‘geram’ apabila melihat gelagat kucing tersebut. Mereka turut berasa cemburu melihat haiwan berkenaan dimanjakan oleh tuannya. Secara keseluruhannya, paparan video itu telah berjaya meraih 2.3 juta jumlah tontonan sehingga kini.


[VIDEO] Tak Mahu Lepas, Gelagat Kucing Clingy Macam Baby Ini Buat Netizen Geram

[VIDEO] Tak Mahu Lepas, Gelagat Kucing Clingy Macam Baby Ini Buat Netizen Geram

[VIDEO] Tak Mahu Lepas, Gelagat Kucing Clingy Macam Baby Ini Buat Netizen Geram

Sumber: Twitter discover_wild, thesemut


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!