[VIDEO] Tak Sangka Farah Ann Pandai Bergurau, Sampai Nabil Pun Kena ‘Bahan’

Selama hampir 16 tahun menanti, Farah Ann Abdul Hadi akhirnya berjaya menamatkan kemarau penampilan wakil gimnas negara di pentas Sukan Olimpik pada tahun hadapan. Terdahulu, atlet yang baru berusia 25 tahun itu telah mengesahkan kelayakannya selepas meraih slot di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Stuttgart, Jerman awal bulan lalu. Berita itu sekali gus membuatkan Farah Ann teruja kerana hasratnya sejak berumur lapan tahun kini telah menjadi kenyataan.

BACA: “Macam Talkshow Hollywood” – Penampilan Khas BoBoiBoy Di MeleTop Curi Perhatian

Diundang ke MeleTOP

Gara-gara itu, ratu gimnas negara ini telah diundang ke rancangan temu bual sensasi MeleTOP yang dihoskan oleh Nur Neelofa dan Nabil Ahmad. Selain berkongsi perjalanan karier sukan profesional, siapa sangka wanita berketurunan Malaysia-Kanada ini petah berceloteh dan sering ‘membahan’ Nabil hingga membuatkan studio ketawa.

“Dia nak cakap favourite tapi gymnast pun tak pandai cakap”

Farah Ann denda Nabil Ahmad sebab kalah

Di hujung segmen terbabit pula, kedua-dua selebriti terbabit turut berpeluang main satu game bersama atlet kelahiran Subang Jaya, Selangor ini. Nabil Ahmad bagaimanapun telah dikenakan denda apabila gagal memasukkan walau cuma sebiji bola ping pong ke dalam cawan yang disediakan.

Dia punya slang comel…perhati je perangai Haji Nabil ni

Dalam pada itu, kemunculan pertama Farah Ann disambut baik oleh rata-rata netizen di laman YouTube rasmi rancangan berkenaan. Selain terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh dirinya, mereka turut memuji cara pertuturan dan ‘sense of humour’ yang jarang-jarang ditonjolkan sebelum ini.

Sumber: YouTube MeleTOP

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?