[VIDEO] Tak Sengaja Calarkan Kereta, Sikap Tolak Ansur Wanita Ini Dipuji Ramai

Lumrah setiap manusia memang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Namun, terdapat sesetengah daripada kita cenderung untuk mengelak daripada akui kesalahan masing-masing. Hal ini mungkin kerana rasa terlalu takut untuk dihukum sedangkan masih terdapat individu yang bersedia untuk memaafkan. Itulah yang berlaku dalam paparan sebuah video insiden jalan raya yang berlaku antara penunggang motosikal dan pemandu kereta baru-baru ini. 

BACA: Penat Hadap Orang Tiada Common Sense Wanita Tegur Sikap Di Surau Awam

Cuba menyelit masa jalan sesak

Advertisement

Menerusi posting yang dimuat naik ke laman Twitter MyWatch, kejadian itu berlaku di sekitar kawasan lampu isyarat. Sewaktu pemandu kereta itu terperangkap dalam kesesakan, tiba-tiba seorang penunggang motosikal tergesa-gesa cuba menyelit di ruang hadapan keretanya. Malangnya, motosikal milik pemuda tersebut telah menghempap atas permukaan kereta bahagian hadapan wanita berkenaan.

Sikap tolak ansur pemilik kereta

Advertisement

Susulan itu, pemilik kereta telah keluar untuk melihat kesan calar itu. Selepas pemuda itu menerangkan punca sebenar dia terjatuh, wanita itu melepaskannya pergi tanpa membuat sebarang onar di tempat kejadian. Di ruangan kapsyen, mendedahkan sikap tolak ansur antara wanita ini terhadap penunggang motosikal berkenaan yang tampil berani mengakui kecuaian diri. Sikap murni mereka ini wajar dicontohi oleh pengguna jalan raya yang lain. 

Baiknya hati dia..contoh yang baik

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata memberikan respon positif dengan sikap yang ditonjolkan oleh individu itu. Ramai tampil memuji wanita ini mempunyai hati yang mulia kerana mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain. Tidak kurangnya juga, ada yang berkongsi pengalaman lebih kurang sama pernah terjadi kepada diri masing-masing. Video berdurasi 44 saat itu telah meraih 154 ribu jumlah tontonan setakat ini. 

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter MyWatch

Apa Komen Anda?