[VIDEO] “Tak Serik…”-Nabila Razali Perjelas Isu Reply Komen Sweet Suami Orang

Sudah menjadi kebiasaan buat setiap artis untuk menghargai para peminat dengan cara yang baik. Mungkin itu juga hal yang mahu dilakukan oleh penyanyi Nabila Razali apabila dia mengambil keputusan untuk membalas komen seorang peminat lelaki di media sosial. Namun begitu, lain pula jadinya apabila isteri kepada peminat lelaki tersebut seakan meluahkan kesal hanya kerana mereka berbalas komen. Oleh itu, penyanyi ini sempat mengulas lanjut tentang hal tersebut menerusi temu ramah ringkas bersama wartawan mStar.

Baca : Macam Budak Form 5- Foto Lisa Surihani Dengan Artis Korea Buat Ramai Teruja!

Menurut penyanyi lagu Pematah Hati ini, dia amat mengerti perasaan wanita tersebut apabila si suami ‘bermesra’ dengan perempuan lain. Bukan itu sahaja, dia juga menerima DM di mana wanita tersebut memberi peringatan agar tidak berbalas komen di media sosial masing-masing.

Sekadar hubungan artis dan peminat…

Terkedu dengan kejadian tersebut, penyanyi wanita ini menegaskan lagi bahawa seorang public figure sepertinya tidak mempunyai masa yang banyak untuk memeriksa setiap akaun peminat sebelum membalas komen. Niatnya hanya mahu melayani peminat secara adil dan sama rata. Meskipun begitu, dia tidak malu untuk meminta maaf kepada wanita tersebut yang dikatakan telah terguris hatinya.

“Dia kata saya tak sepatutnya reply komen suami dia…”

Tidak ketinggalan, Nabila Razali juga berharap agar lelaki bergelar suami boleh bersifat lebih berjaga-jaga dalam urusan yang sebegini untuk kebaikan bersama. Katanya lagi, dia tidak serik dengan kejadian ini bahkan akan terus membalas komen para peminat di ruangan media sosialnya. Andai kata dia memilih untuk berdiam dan tidak berinteraksi dengan peminatnya, risau pula dia digelar sebagai artis yang sombong.

Sumber : Youtube mStar dan portal Harian Metro

Apa Komen Anda?