Hiburan

[VIDEO] Takut Dijangkiti, Lelaki Berpakaian Seperti ‘Predator’ Telah Ke Kedai

[VIDEO] Takut Dijangkiti, Lelaki Berpakaian Seperti ‘Predator’ Telah Ke Kedai

Sharing is caring!

Hari ini telah masuk hari ke-4 semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan sebagai langkah dalam membendung COVID-19 daripada terus merebak. Situasi ancaman wabak ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan di Malaysia malahan di seluruh dunia. Oleh itu, terdapat bermacam cara yang telah dibuat oleh orang ramai untuk melindungi diri daripada dijangkiti.

BACA:Kesihatan Semakin Merosot, Lelaki Ketiga Jangkitan COVID-19 Selamat Dikebumikan

Predator berada di Kuantan

Di Twitter, satu perkongsian video yang meraih tontonan lebih daripada 7,000 kali mula viral menunjukkan seorang lelaki  berpakaian unik.  Video yang berdurasi 26 saat itu dikatakan telah berlaku di Kuantan, Pahang. Tindakan beraninya yang berpenampilan persis watak filem Hollywood semata-mata untuk singgah ke kedai sambil menunggang motorsikal merah telah mendapat perhatian.


Tanpa segan terus naik motor

Dapat dilihat, predator tersebut tanpa segan silu telah keluar daripada kedai walaupun kehadirannya menjadi tatapan pelanggan lain. Dia juga terus menaiki motor seperti tiada apa-apa yang berlaku. Si perakam juga tergelak kecil ketika melihat gelagat lelaki tersebut.

[VIDEO] Takut Dijangkiti, Lelaki Berpakaian Seperti ‘Predator’ Telah Ke Kedai

[VIDEO] Takut Dijangkiti, Lelaki Berpakaian Seperti ‘Predator’ Telah Ke Kedai

Jangan tegur karang kena shoot naya je

Rata-rata netizen terhibur dengan cara lelaki tersebut yang nekad melindungi dirinya daripada jangkitan virus COVID-19. Tidak kurang juga, ramai yang sempat berseloroh dan terus memberikan pujian kerana pakaiannya dianggap kreatif dan nampak selamat walaupun agak ‘lain macam’.  


[VIDEO] Takut Dijangkiti, Lelaki Berpakaian Seperti ‘Predator’ Telah Ke Kedai

[VIDEO] Takut Dijangkiti, Lelaki Berpakaian Seperti ‘Predator’ Telah Ke Kedai


Sumber: Twitter HakimmmSuhaimi

 

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Takut Dijangkiti, Lelaki Berpakaian Seperti ‘Predator’ Telah Ke Kedai

Sharing is caring!