[VIDEO] Tengah Sunat Pun Menyempat Rap, Netizen Berdekah Tengok Aksi Budak Ini

Musim cuti sekolah yang telah pun bermula membuka ruang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak lelaki mereka menjalani proses berkhatan. Bila masuk saja musim ini, pasti ada saja yang berkongsi ragam kanak-kanak sewaktu bersunat. Ada yang menangis semahu-mahunya dan tak kurang juga menjerit ketakutan. Namun berbeza pula dengan seorang budak lelaki ini yang sempat menyanyikan lagu rap ketika disunatkan. 

BACA: Belum Hilang Ngilu Bersunat Kena Naik Bas, Netizen Sebak Lihat Adik Cekal Ini

Tengah sunat pun sempat rap

Advertisement

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @Hafizah Samat menerusi akaun Twitter miliknya sehingga menjadi tular. Mungkin terlampau cemas sewaktu proses berkhatan sedang dilakukan, kanak-kanak itu bertindak menyanyikan sebuah lagu daripada kumpulan rap terkenal, K-Clique iaitu ‘Haa Tepok’. Dengan riak muka yang hampir menangis, dia tetap meneruskan nyanyiannya dengan baik dan juga lancar. Detik berkenaan dirakam oleh seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada budak lelaki itu sambil memberi sokongan serta mengalihkan perhatiannya. 

Dulu aku sunat, sembang dengan doktor tau tau dah settle

Perkongsian lawak itu telah mendapat jumlah tontonan lebih 93,900 kali beserta 4,200 retweets. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat kanak-kanak berkenaan yang juga diyakini sedang ketakutan sewaktu bersunat. Selain itu, ramai juga turut berkongsikan pengalaman peribadi masing-masing sewaktu disunatkan suatu ketika dahulu.

Advertisement

Apa Komen Anda?