[VIDEO] Tercungap Nafas, Reaksi Wanita Meraung Naik Roller Coaster Lucu Habis

Memandangkan musim cuti persekolahan bakal tiba tidak lama lagi, pastinya terdapat banyak lokasi menarik yang dikunjungi. Di samping bersesuian untuk semua lapisan umur masyarakat, kepelbagaian jenis permainan yang ditawarkan antara faktor destinasi tersebut sering menjadi pilihan ramai. Malah bagi yang sukakan cabaran atau thrill, maka menaiki roller coaster pastilah wajib dalam senarai wishlist anda.

BACA: [VIDEO] Sikit Lagi Sampai Hujung, Moment Tersangkut Gelongsor Ini Lawak Habis

Gambar sekadar hiasan

Expect biasa-biasa je…sekali ‘hamek’ kau

Advertisement

Meskipun trek permainan itu adakalanya kelihatan tidaklah begitu menakutkan, tetapi pasti menyesal apabila sudah menaikinya. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Wan Adila Noor ketika bertandang ke sebuah taman tema terkenal di Kota Singa bersama rakan-rakannya.

Drift dia buat tak bernafas…sempat meraung je

Sewaktu gerabak yang dinaiki turun laju pada bahagian curam trek berkenaan, dia terus menjerit ketakutan hinggalah permainan itu tamat. Menariknya, dia juga sempat berseloroh dan menegur tindakan kawannya di sebelah yang merakam reaksi lucunya itu. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih 40 ribu jumlah tontonan di laman Twitter setakat hari ini.

Advertisement

Rupa memang tak ekstrem…tapi bila naik, baru tahu ‘cuak’ macam mana

Menjengah ke ruangan komen tweet tersebut pula, rata-rata netizen tidak mampu menahan rasa terhibur tatkala menyaksikan gelagat ketakutan wanita ini. Dalam pada itu, ada juga yang turut berseloroh bahawa mereka akan melakukan reaksi sama jika menaiki permainan berkenaan selain lebih rela mengelak daripadanya langsung kerana sangat takut.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter burungpipitlah

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?