[VIDEO] Terharu Rakan Baik Suprise Datang Konvo, Menangis Lelaki Ini Dibuatnya

Hari konvokesyen adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pelajar yang baru sahaja menghabiskan pelajaran.  Lebih indah lagi hari berkenaan jika dapat dirai bersama-sama orang yang tersayang seperti keluarga serta sahabat handai. Tak ubah seperti seorang lelaki ini yang tular di laman Twitter setelah berjaya melakukan kejutan kepada rakannya di hari kemenangan tersebut. 

BACA: Pelbagai Cara Lengahkan Majlis Konvo, Graduan Terharu Sempat Terima Anugerah

Terus sebak saat memeluk rakan

Video berkenaan telah dikongsikan oleh seorang adiknya, Maisarah Shad yang nyata tersentuh hatinya saat merakamkan detik istimewa tersebut. Abangnya dilihat sangat teruja untuk melakukan kejutan sambil memegang jambangan bunga. Dalam keadaan berhati-hati, pemuda tersebut berjalan dengan perlahan sebelum memanggil nama rakannya. Sahabatnya yang terkesima terus memeluk erat dirinya dengan erat sambil menitiskan air mata.  

Sebelum ini rakannya pernah datang ke majlis konvokesyennya

Sebelum ini rakan kepada lelaki tersebut pernah datang di hari konvokesyennya dengan hanya menunggang motosikal dari Johor. Bagi membalas jasa itu, kini gilirannya pula untuk menggembirakan rakannya itu di majlis graduasinya. Perjalanan dari Melaka ke Universiti Teknologi (UTM) Skudai rela ditempuhnya demi kegembiraan seorang sahabat. Gadis yang merakam semua detik tersebut tidak dapat menahan rasa sebak melihat reaksi kedua-duanya. 

 

Alhamdulillah kekalkan persahabatan korang

Video yang telah berjaya mendapat lebih 26,700 jumlah tontonan beserta 2,000 retweet itu berjaya membuatkan netizen terharu. Usaha yang telah dicurahkan nyata membuahkan hasil. Ada juga netizen dilihat berkongsi pengalaman mereka saat melakukan kejutan kepada rakan. 

Sumber: Maisarah Shad 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?