[VIDEO] Teriak Diusik Monyet Batu Caves, Tapi DJ Soda Maintain Cantik Berkebaya

Pada beberapa hari lalu, seorang Deejay (DJ) popular dari Korea Selatan yang dikenali sebagai DJ Soda telah bertandang ke Kuala Lumpur yang tersenarai sebagai salah satu lokasi program jelajahnya. Selain melawat sekitar ibu negara, Soda atau nama sebenarnya Hwang So-hee turut berkesempatan mengunjungi lokasi pelancongan dan juga tarikan terkenal di Gombak, Selangor iaitu Batu Caves.

BACA: Tragedi Lepas Pulang Beraya, Bilik Pelajar UiTM Ini Diceroboh Monyet Rakus

Cantik berkebaya pergi Batu Caves

Seperti yang diketahui ramai, monyet banyak berkeliaran di sana memandangkan mereka tinggal di sekitar kawasan gua batu kapur tersebut. Sambil lengkap memakai busana kebaya, DJ Soda ada berkongsi rakaman video yang memaparkan suasana di sana serta memberi makanan haiwan tersebut.

Tekak dah tak sihat…banyak sangat menjerit

Lucunya, wanita berusia 31 tahun ini tak henti-henti disakat monyet yang sering membuat aksi tak terduga tatkala mahu ambil makanan daripadanya. Walaupun sudah menjerit beberapa kali semasa berinteraksi dengan haiwan itu, namun DJ Soda tetap memberanikan diri untuk memberi makan dan menyaksikan gelagat mereka.

Tak tercabut pula kain tu..

Rentetan daripada klip video tersebut, rata-rata peminat termasuk netizen dari Malaysia berasa terhibur dengan gelagatnya. Selain memuji penampilannya yang cukup menawan dalam pakaian tradisional itu, ada juga yang berseloroh mengenai telatahnya di tempat suci penganut Hindu itu.

Sumber: IG deejaysoda

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?