Viral

[VIDEO] Teringin Dengar Nama Dipanggil, Pemuda Bersyukur Miliki Ibu Bapa ‘OKU’

[VIDEO] Teringin Dengar Nama Dipanggil, Pemuda Bersyukur Miliki Ibu Bapa ‘OKU’

Sharing is caring!

Antara nikmat terindah yang Allah kurniakan kepada seorang manusia adalah kehadiran kedua-dua ibu bapa. Selagi termampu dan ada, berbakti serta hargailah insan-insan itu yang sudah banyak berkorban hampir segalanya untuk kebahagiaan seorang anak. Seperti perkongsian daripada seorang pemuda ini yang telah membuka mata ramai individu lain.

BACA: Bukan Mahu Abaikan Terus Ibu Bapa, Tapi Satu Rumah Tak Boleh Ada 2 Permaisuri

Kedua-dua ibu bapa bercakap menggunakan bahasa isyarat

Menerusi satu video yang telah dimuat naik di TikTok bernama @likeabosszz, dapat dilihat dia sedang menghabiskan masa bersama kedua-dua orang tuanya di rumah. Namun, apa yang berbeza adalah kedua-dua ibu bapanya itu merupakan orang kurang upaya (OKU). Perbualan antara mereka perlu penggunaan bahasa isyarat, tidak seperti orang lain.


@likeabosszz

I love you❤️#fyp #fypシ #xyzbca #foryou #foryoupage

♬ original sound – zlp.icon

[VIDEO] Teringin Dengar Nama Dipanggil, Pemuda Bersyukur Miliki Ibu Bapa ‘OKU’

Teringin nak dengar ibu bapa panggil namanya

Walaupun pernah cemburu dengan keluarga lain yang boleh berbicara seperti biasa, namun pemuda tersebut tetap bersyukur dikurniakan ibu bapa ‘istimewa’ seperti mereka. Jejaka berkenaan percaya semua yang terjadi pasti ada hikmahnya tapi jauh di sudut hati, dia berharap dapat mendengar mereka berdua memanggil namanya.

[VIDEO] Teringin Dengar Nama Dipanggil, Pemuda Bersyukur Miliki Ibu Bapa ‘OKU’

[VIDEO] Teringin Dengar Nama Dipanggil, Pemuda Bersyukur Miliki Ibu Bapa ‘OKU’

Kat syurga nanti awak boleh dengar panggilan nama awak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat perkongsian tersebut. Mereka juga turut mendoakan yang terbaik untuk pemuda berkenaan supaya suatu hari dapat mendengar suara panggilan daripada kedua-dua ibu bapanya.


[VIDEO] Teringin Dengar Nama Dipanggil, Pemuda Bersyukur Miliki Ibu Bapa ‘OKU’

 [VIDEO] Teringin Dengar Nama Dipanggil, Pemuda Bersyukur Miliki Ibu Bapa ‘OKU’

[VIDEO] Teringin Dengar Nama Dipanggil, Pemuda Bersyukur Miliki Ibu Bapa ‘OKU’

Sumber: TikTok likeabosszz

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini