Viral Hiburan

[VIDEO] “Terkejut Muka Dia”- Terlajak Comel Instafamous Gigit Kepala Kucing

[VIDEO] “Terkejut Muka Dia”- Terlajak Comel Instafamous Gigit Kepala Kucing

Sharing is caring!

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan. Baru-baru ini, instafamous Bella Khan telah menjadi tumpuan ramai menerusi sebuah video di aplikasi TikTok kerana memaparkan interaksi menarik bersama kucing kesayangannya.

BACA: Bukan Main Sombong Walau Tak Sihat, Gelagat Kucing Teguk Air Kelapa Cuit Hati


Nak kucup tapi awalnya jual mahal…bila dipanggil, tak pasal-pasal kena gigit kepala sebab bijak sangat

Dalam paparan berdurasi 11 saat berkenaan, kucing yang diberi nama Mika itu dilihat sedang duduk di atas karpet sebelum lekas mendapatkan pemiliknya apabila dipanggil. Pada awalnya personaliti media sosial itu menyuruh haiwan berkenaan untuk memberi kucupan namun tak diendahkan olehnya. Selepas berasa selesa, barulah dia melayan permintaan berkenaan. Geram dengan kecomelannya, wanita berkenaan tanpa disangka-sangka terus mengigit kepala ‘si bulus’ itu.

@bellakhann.bk

Sorry mika mummy geram sangat sbb awak ni bijak hahahahah 😂🥺 #fyp

♬ original sound – Bellakhann – Bellakhann

Geram another level ni…Memang owner kucing je yang faham perasaan macam tu

Akibat terlalu terkejut, reaksi Mika yang sempat dirakam juga nyata amat menghiburkan dan video berkenaan telah meraih 1.2 juta tontonan setakat ini. Selain memuji penampilan haiwan tersebut, rata-rata netizen juga berseloroh bahawa mereka juga sangat faham peraaan ‘geram’ serta perbuatan spontan wanita itu.


[VIDEO] “Terkejut Muka Dia”- Terlajak Comel Instafamous Gigit Kepala Kucing

[VIDEO] “Terkejut Muka Dia”- Terlajak Comel Instafamous Gigit Kepala Kucing

[VIDEO] “Terkejut Muka Dia”- Terlajak Comel Instafamous Gigit Kepala Kucing

[VIDEO] “Terkejut Muka Dia”- Terlajak Comel Instafamous Gigit Kepala Kucing

Sumber: TikTok bellakhan.bk


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!