Family Inspirasi Viral

[VIDEO] Terpaksa Duduk Jauh, Dato’ Fazley Yaakob Kena Kuarantin 2 Minggu

[VIDEO] Terpaksa Duduk Jauh, Dato’ Fazley Yaakob Kena Kuarantin 2 Minggu

Sharing is caring!

Umum mengetahui, setiap warganegara Malaysia yang baru sahaja pulang ke tanah air harus melaksanakan perintah kuarantin selama 14 hari sebagai usaha untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Antara yang turut mematuhi peraturan tersebut demi keselamatan dirinya dan keluarga ialah Dato’ Fazley Yaakob.

BACA: Rayu Semua Beri Kerjasama, Staf Kesihatan Luah Rasa Sebak Tak Sempat Solat

Baru pulang dari Singapura.. kena kuarantin 14 hari

Chef selebriti berkenaan telah memuat naik sebuah video yang memaparkan anak-anaknya menangis kerana tidak dapat mendakapnya. Menurutnya, beliau baru sahaja tiba di Kuala Lumpur setelah pulang dari Singapura dan harus mengkuarantinkan diri selama 14 hari. Disebabkan itu, beliau terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga demi keselamatan mereka.


[VIDEO] Terpaksa Duduk Jauh, Dato’ Fazley Yaakob Kena Kuarantin 2 Minggu

Sebak.. anak menangis tak dapat dakap.. 

Berdasarkan paparan berikut, selebriti itu telah pulang ke rumah dan disambut oleh keluarga kesayangannya. Ujar lelaki tersebut, anak-anak ingin meluru untuk mendakapnya tetapi dihalang olehnya kerana sedang berada dalam tempoh kuarantin. Lebih menyayat hati, anak perempuan beliau mula menangis kerana tidak dapat melepaskan rindu. Malahan, mereka sekeluarga juga hanya mampu berinteraksi di perkarangan rumah sahaja dengan jarak yang dibenarkan.

View this post on Instagram

Saya sampai KL semalam petang selepas drive seorang diri dari #Singapore. Sampai depan rumah semua anak2 meluru nak peluk tapi saya tak bagi. Saya masih kena self #Quarantine selama 14 hari. Bermakna duduk jauh dari keluarga dan bukan di rumah yang sama. @elliefazley dan @fierudzfazley masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka tak boleh peluk saya, mereka hanya mampu menangis dan mengungkap “Nak hug didaaaa!” Abang2nya mereka @fariedzfazley dan @fieradzfazley lebih faham sedikit walaupun masing2 tetap sedih . Cuma saya sendiri bergenang juga airmata apabila melihat isteri saya @azrene_ahmad turut menangis melihatkan anak2 yang rindukan saya, ibu saya @rsd.umi juga nyatakan “sedihnya kita hanya jumpa macam ni”, adik bongsu saya @nadyaakob juga bergenang airmatanya. Allahuakbar sebak sangat rasanya.. Apakan daya, saya harus laksanakan apa yang terbaik demi keselamatan keluarga tercinta. Buat anak anak dida, “Wait for me ok, I will be home in 14 more days ok! I love you all and miss all of you so very much!” 😭😭😭

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Sedihnya.. macam tengok Jejak Kasih

Posting itu berjaya meraih lebih daripada 206 ribu tontonan setakat ini. Selain bersimpati terhadap paparan berikut, rata-rata netizen memuji tindakan Dato’ Fazley yang patuh dengan arahan untuk mengkuarantinkan diri. Ada yang turut meminta beliau supaya kekal tabah dan mendoakan keselamatan keluarga berikut.


[VIDEO] Terpaksa Duduk Jauh, Dato’ Fazley Yaakob Kena Kuarantin 2 Minggu [VIDEO] Terpaksa Duduk Jauh, Dato’ Fazley Yaakob Kena Kuarantin 2 Minggu [VIDEO] Terpaksa Duduk Jauh, Dato’ Fazley Yaakob Kena Kuarantin 2 Minggu

Sumber: Instagram Dato’ Fazley Yaakob


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Terpaksa Duduk Jauh, Dato’ Fazley Yaakob Kena Kuarantin 2 Minggu

Sharing is caring!