[VIDEO] Teruja Naik Kereta, Ragam Kucing Tak Reti Duduk Diam Comel Habis

Umum mengetahui, kucing sering kali dijadikan sebagai binatang peliharaan memandangkan ia amat comel dan jinak. Keletah mereka yang gemar bermain dan membuat perkara di luar jangkaan boleh menghiburkan hati sesiapa sahaja. Samalah seperti sebuah video mengenai gelagat seekor kucing yang kini tular di media sosial sehingga membuatkan ramai terhibur dan menyukainya.

BACA: [VIDEO] Gelabah Ingat Anak Sendiri, Netizen Terhibur Lihat Aksi Kucing Ini

Bawa kucing jalan-jalan naik kereta

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @syhmshn telah berkongsi satu video yang memaparkan dia sedang memandu sebuah kereta dan ditemani kucingnya. Gelagat haiwan tersebut ketika berada di dalam kenderaan itu menjadi perhatian ramai dan video ini telah pun meraih lebih daripada 26 ribu retweets.

Advertisement

Tak reti duduk diam

Berdasarkan video tersebut, kucing itu dilihat sangat teruja dan terkejut apabila dibawa jalan-jalan menaiki kereta. Ragam haiwan itu yang tak reti duduk diam dan melihat ke luar tingkap kereta kelihatan sungguh comel. Malahan, pemuda ini turut berkongsi beberapa keping gambarnya bersama kucing kesayangannya tersebut.

Advertisement

Alahai.. comelnya kucing..

Rata-rata netizen terhibur dengan posting pemuda tersebut. Mereka juga berkata bahawa haiwan peliharaan lelaki itu amat comel. Dalam pada itu, ramai yang turut berkongsi video mereka di dalam kereta bersama kucing masing-masing di ruangan komen.

Sumber: Twitter syhmshn

Advertisement

Apa Komen Anda?