Lambakan masalah gejala sosial dan jenayah yang berlaku di institusi sekolah Malaysia tidak dinafikan memang sangat ‘tenat’. Budaya tersebut telah membarah dalam kehidupan masyarakat kita dan terbawa-bawa sehinggalah ke alam pekerjaan apabila dewasa kelak. Tanpa kita semua sedari, rupanya ramai kanak-kanak atau remaja yang menderita emosi akibat dianiaya kawan sekolah serta diabaikan ahli keluarga sendiri.
BACA: “Kenapa Allah Ambil Mata Saya?” – Jawapan Ebit Lew Pada Pelajar Ini Bikin Sebak

Sebelum dibelasah, saya solat…minta dekat Allah janganlah kena lagi
Menerusi halaman Facebok pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew, beliau ada berkongsikan sebuah video sewaktu berjumpa dengan beberapa pelajar yang mempunyai masalah masing-masing. Rakaman berdurasi 4 minit 28 saat itu bagaimanapun tertumpu kepada seorang remaja yang mengadu dirinya pernah dibelasah hampir setiap malam di asrama sekolahnya. Lebih menyayat hati, dia turut mengaku pernah menyimpan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa sendiri kerana menolak permintaan berpindah atas alasan sekolah tersebut bagus untuk masa depannya.
Sedih dengar luahan mereka…tertekan & rindu kasih sayang mak ayah
Di hujung paparan video tersebut, pendakwah selebriti ini bertindak memeluk sambil memberikan kata-kata semangat terhadap pelajar lelaki berkenaan. Menerusi ruangan kapsyen pula, Ustaz Ebit Lew sempat menegur sikap ibu bapa yang mengambil mudah terhadap masalah anak masing-masing. Ujarnya, golongan muda ini biasanya memberontak kerana mereka kurang kasih sayang daripada insan yang sepatutnya.
Hebat dugaanmu dik…ingatan untuk semua ibu bapa
Terkesan dengan paparan realiti yang membelenggu kebanyakan anak muda masa kini, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak di ruangan komen video tersebut. Di samping terharu dengan tindakan mulia oleh pendakwah berusia 35 tahun ini, majoriti mereka turut berharap agar golongan ibu bapa memberikan perhatian lebih terhadap amanah Allah.
Sumber: FB Ebit Lew
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI