[VIDEO] Tidur Tak Ingat Dunia, Lelaki Ini Disolek Cantik & Reaksinya Amat Lucu!

Setiap kali membicarakan tentang set kelengkapan alat solek, perkara  tersebut adalah mudah bagi sesetengah wanita. Walaupun kadang-kala ianya mampu mencecah harga sehingga ribuan ringgit, namun itu tetap tidak menjadi penghalang buat golongan Hawa ini bagi mendapatkan ‘alat permainan’ mereka. Tetapi apabila mereka mahu mencubanya, pasti akan mencari suami atau adik beradik sendiri bagi merealisasikan hasrat tersebut.

BACA: [VIDEO] Bawa ‘Balqis’ Versi Unik, Ini Reaksi DS Siti Nurhaliza Kepada Santesh!

Terkini, viral di laman Twitter mengenai video seorang lelaki yang sedang lena ini disolek oleh teman wanitanya. Video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan. Ianya telah menarik minat netizen dari seluruh dunia kerana jejaka yang bernama Dave ini kelihatan sangat jelita apabila terbangun daripada tidur!

Ada satu hari saya buat seluruh muka boyfriend masa dia tengah tidur. Bila dia terbangun saja..

Berikut pula adalah antara paparan video yang sempat dirakam oleh teman wanitanya sepanjang proses makeup tersebut.

Pakai base, eyeshadow & eyelash

Kemudian dipakaikan foundation, contour serta lipmatte…dan inilah hasilnya!

Tak marah…tapi pilih sambung tidur

Walaupun lelaki ini pernah beberapa kali bergerak daripada tidurnya saat disolek itu, namun dia langsung tidak terjaga. Maka teman wanitanya ambil kesempatan tersebut untuk menyambung sehingga projeknya selesai. Menariknya, walaupun Dave agak terkejut saat dia bangun dan melihat wajahnya namun dia tidak langsung memarahi teman wanitanya itu. Sebaliknya dia hanya memberikan sedikit senyuman sebelum kembali meneruskan tidurnya yang telah terganggu itu.

Sumber: Twitter FNachor

Apa Komen Anda?