Viral

[VIDEO] “Tolong..”- Tergamak Tolak Isteri Ketika Drive, Penganggur Kini Ditahan

[VIDEO] “Tolong..”- Tergamak Tolak Isteri Ketika Drive, Penganggur Kini Ditahan

Setiap perkahwinan pasti mempunyai masalah masing-masing. Tetapi, cara penyelesaiannya haruslah relevan dan suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain. Meskipun begitu, kadangkala benda yang sukar dijangka boleh berlaku sehingga kedua-dua pihak bertekak di luar kawalan masing-masing persis kejadian di Pulau Pinang baru-baru ini.


BACA: Isteri Pernah Kena Ludah, Datuk AC Mizal Emosi Imbas Detik Awal Berumah Tangga

Pintu terbuka luas, seorang wanita hampir terjatuh ketika kereta dipandu

Menerusi Facebook, seorang individu telah berkongsi video berdurasi 2 minit 7 saat merakamkan situasi getir di mana sebuah kenderaan berwarna hitam dipandu dalam keadaan mencemaskan dan mengundang risiko keselamatan terhadap pengguna lain. Pintu di bahagian penumpang hadapan terbuka luas dan seorang wanita berusia 26 tahun dilihat hampir sahaja terjatuh keluar ketika kenderaan terbabit sedang dipandu laju.


Bergaduh kerana masalah keluarga, isteri alami kecederaan ringan akibat dikasari

Memetik laporan Harian Metro, suspek merupakan seorang lelaki berusia 31 tahun serta disyaki bergaduh dengan isterinya dalam kereta tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, kejadian yang berlaku pada 7.45 malam itu telah menyebabkan ibu kepada seorang anak terbabit mengalami beberapa kecederaan ringan akibat dikasari oleh suaminya kerana masalah keluarga.


[VIDEO] “Tolong..”- Tergamak Tolak Isteri Ketika Drive, Penganggur Kini Ditahan

Suspek telah ditahan & kereta dirampas, ada rekod lampau dengan bahan terlarang

Sekitar 12 malam tadi, pihak berkuasa telah memberkas suspek dan merampas kenderaan terbabit. Apabila diteliti, lelaki berkenaan mempunyai satu rekod lampau berkaitan bahan terlarang. Ujian air kencing mendapati individu tersebut negatif pengambilan bahan terlarang dan telah ditahan bagi siasatan lanjut.

[VIDEO] “Tolong..”- Tergamak Tolak Isteri Ketika Drive, Penganggur Kini Ditahan

Sumber: FB Harian Metro, KAMI Pengguna JALAN RAYA

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Tolong..”- Tergamak Tolak Isteri Ketika Drive, Penganggur Kini Ditahan

Facebook

Telegram