Daripada kisah minta baju putih hingga penampilan wajah bersih dan tenang seperti tengah tidur, demikianlah antara moment tak dapat dilupakan tentang pemergian Sandra Dianne Jumaat lepas. Penyanyi berusia 25 tahun itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 5 hari bertarung nyawa akibat nahas jalanraya dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah.
BACA: [VIDEO] Ibu Ayah Sendiri Request, Neeta Tahan Diri Bawa Lagu Terakhir Sandra
Rakan Big Stage kongsi moment terakhir bersama Sandra…Qody terharu jadi antara kawan terbaiknya
Malam tadi, Konsert Tribute #SandraDalamKenangan berlangsung dengan penuh sayu apabila rakan seperjuangan Big Stage berkongsi moment terakhir bersama Allahyarhamah Sandra. Antara yang menyentuh hati apabila Qody gagal mengawal sebak kerana sempat menziarahi penyanyi ‘Hey Kau’ tersebut sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Antara rakan-rakan industri lain yang turut membuat perkongsian sebak itu termasuklah Neeta Manis, Wani Kyrie, Sissy Iman, Sufi Rashid dan para juri Big Stage.
Menjadi rakan paling rapat dalam BigStage buat Qody Rani tidak mampu menahan sebak apabila menziarahi di Hospital Putrajaya baru-baru ini.#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/pC1RyR5s0i
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) September 13, 2020
Kalau tiada perkara yang baik untuk kita cakap, lebih baik kita berdiam sahaja.#NormaBaharu #SandraDalamKenangan #HapusCOVID19 #BigStage2020 pic.twitter.com/DG7RD4HGwP
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) September 14, 2020
Persembahan Azzam & Usop paling menyentuh emosi…menyanyi dari hati
Selain itu, persembahan diteruskan pula dengan persembahan nyanyian daripada para peserta program realiti berkenaan termasuklah Azzam dan Usop. Walaupun tiada sebarang pertandingan malam tadi, namun mereka berdua telah menyampaikan persembahan yang sangat menyentuh emosi menerusi lagu ‘Salam Terakhir’ (Allahyarham Sudirman) dan ‘Peneman’ (Hazama). Tiada tepukan sepanjang konsert berlangsung, sebaliknya suasana pilu menyelubungi dewan apabila klip video dan foto-foto Sandra dikongsi di skrin besar.
Salam Terakhir daripada Azzam Sham. I have no words 😭 #BigStage2020 #SandraDalamKenangan pic.twitter.com/6ObSP7N5AQ
— dkchillin. (@neykehcni) September 13, 2020
Sumber: Twitter neykehcni & IG officialriax
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura