Hiburan

[VIDEO] Tuah Bawa Lagu Ella Versi Irama Melayu, Naim Daniel Juara Minggu Ke-2

[VIDEO] Tuah Bawa Lagu Ella Versi Irama Melayu, Naim Daniel Juara Minggu Ke-2

Sharing is caring!

‘Immortal Songs Malaysia’ merupakan sebuah rancangan hiburan yang diadaptasi daripada Korea Selatan. Menjadikan ‘Lagu Lama Menyengat Semula’ sebagai tema utama, program ini turut menampilkan seramai 42 artis tempatan. Semalam seramai 6 orang penyanyi iaitu Sarah Suhairi, Aman Aziz, Naim Daniel, Kaka Azra, Naqiu dan kumpulan Insomniacks telah menyahut cabaran untuk membawa lagu gubahan sendiri daripada Ratu Rock Negara, Ella.

BACA: Kecoh Isu Artis Minta Bantuan Khas, Naim Daniel Tampil Buka Mulut

Berjaya gubah lagu balada kepada rentak irama Malaysia

Dengan mendendangkan lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’, persembahan Naim Daniel antara yang menjadi tumpuan semalam. Penyanyi muda ini juga berjaya mengubah lagu balada tersebut kepada rentak irama Malaysia. Selain itu, selebriti yang lengkap berbaju Melayu hitam dan bertanjak ini kelihatan bersahaja ketika berjoget di atas pentas.


Tak pernah terfikir nak gubah lagu versi joget macam tu

Selain mendapat komen yang positif daripada Ella serta rakan artis yang lain, malahan penyanyi lelaki ini juga telah menandingi markah Aman Aziz. Ia sekali gus telah membuatkannya diumumkan sebagai juara pada minggu kedua rancangan tersebut.

Aura lagu memang ada lain…layan sangat sampai terikut menari sekali

Bukan sahaja kagum dengan kreativiti mengubah lagu tersebut, malahan rata-rata netizen turut terhibur tatkala menonton persembahan daripada Naim Daniel. Selain itu, mereka turut memuji kemerduan suara penyanyi muda ini.


[VIDEO] Tuah Bawa Lagu Ella Versi Irama Melayu, Naim Daniel Juara Minggu Ke-2

[VIDEO] Tuah Bawa Lagu Ella Versi Irama Melayu, Naim Daniel Juara Minggu Ke-2

[VIDEO] Tuah Bawa Lagu Ella Versi Irama Melayu, Naim Daniel Juara Minggu Ke-2

Sumber: YouTube TV9MALAYSIA Official, Instagram naimdanielx


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini