Isu Semasa

[VIDEO] Tular Budak Lelaki Pandu Lori Treler, Bapa Dicari Kerana ‘Lepas Tangan’

[VIDEO] Tular Budak Lelaki Pandu Lori Treler, Bapa Dicari Kerana ‘Lepas Tangan’

Sharing is caring!

Terdahulu, kecoh tentang insiden tentang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang dilihat memandu kereta sendirian tanpa pengawasan ibu bapa di Rembau, Negeri Sembilan. Belum reda isu tersebut, baru-baru ini tular pula sebuah video seorang budak yang dikatakan memandu kenderaan berat pula.

BACA: [VIDEO] Tendang Bola Tepat Masuk Lori Laju, Member Pasrah Tergolek Atas Padang

Tak sampai beberapa jam, tular pula video kanak-kanak pandu lori

Menerusi video itu memaparkan lagak berani seorang kanak-kanak sedang memandu sebuah lori treler. Rakaman yang berlaku di sekitar Rantau, Negeri Sembilan itu dikatakan telah tular di aplikasi WhatsApp sejak petang semalam.


“Sekitar jam 4.41 petang, pihak polis ada kesan satu video yang tular melalui aplikasi WhatsApp berdurasi 1.18 minit. Seorang kanak-kanak bawah umur dirakam sedang memandu sebuah lori treler”

Bapa biarkan je anak pandu…siap tolong parkir sekali

Paparan video yang berdurasi lebih seminit itu menyaksikan seorang bapa hanya merakam sahaja aksi anaknya sedang mengendalikan lori tersebut. Selain itu, kelihatan juga beberapa buah kenderaan berat yang serupa di lokasi berkenaan.


Pihak polis sedang giat mengesan bapa dan kanak-kanak tu…bertindak cuai biar anak bawah umur pandu lori

Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Seremban menegaskan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan. Hal ini kerana, individu berkenaan bertindak cuai gara-gara sanggup membiarkan anaknya yang masih di bawah umur memandu kenderaan berat itu. Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan keluarga kanak-kanak itu.

[VIDEO] Tular Budak Lelaki Pandu Lori Treler, Bapa Dicari Kerana ‘Lepas Tangan’

[VIDEO] Tular Budak Lelaki Pandu Lori Treler, Bapa Dicari Kerana ‘Lepas Tangan’

Sumber: Portal Astro Awani,  Twitter redzuanNewsMPB


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini