[VIDEO] Ulas Isu Berpisah, Netizen Bandingkan Cara Jawab A. Aida Dengan Bella!

4 kali berkahwin dan 4 kali juga menghadapi perpisahan, pastinya ia dugaan berat buat penerbit popular iaitu Datuk A. Aida. Semalam, beliau telah membuat sidang media untuk mengumumkan perpisahan dengan bekas suaminya, Ariff Aziz selepas 10 bulan berkahwin. Dalam mengulas segala persoalan tentang konflik rumah tangganya, cara menjawab Datuk A. Aida pula sempat dikritik netizen.

Baca : Pisang Berbuah 4 Kali, Ini Dia Sejarah Keruntuhan Rumah Tangga Datuk A. Aida!

Pada awalnya, beliau enggan menghebohkan berita keruntuhan rumah tangganya ini. Namun apabila ramai yang bertanya, beliau merasa adalah lebih baik untuk menjelaskan segalanya demi mengelak fitnah. Menurut Datuk A. Aida lagi, dia sangat gembira dengan perpisahan ini kerana boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

Beliau juga sempat menitipkan pesan agar wanita di luar sana tidak terburu-buru untuk berkahwin.

Berkenaan dakwaan netizen yang menyifatkan Ariff hanya mahu ‘menumpang’ kesenangannya, penerbit ini nampaknya enggan memberikan jawapan lanjut.

Ada artis lain 3 bulan kahwin pun dah pisah…

Ketika menjawab semua persoalan, Datuk A. Aida kelihatan tabah meskipun tersimpan juga riak sayu di wajahnya. Namun begitu, ramai pula yang mengkritik cara percakapannya. Ada juga yang membandingkan dirinya dengan Bella Astillah yang matang dalam mengulas perpisahan bersama Aliff Aziz.

Jangan berlagak sangat cakap tu…Tak cantik la dengar

Dia ni kena contohi Bella…Manalah orang tak menyampah

Bongkaknya cara jawab…Tak macam Bella

Sumber : Youtube mStar

Apa Komen Anda?