Bagi wanita Islam, pemakaian tudung selalunya akan dipastikan kemas sepanjang masa tak kisahlah pada cuaca panas atau berangin sekalipun. Namun apabila wajah yang sudah disolek sempurna berpeluh akibat terkena terik matahari, kesan foundation terkadang melekat di atas fabrik lantas tinggalkan kesan tompokan berminyak khususnya di bahagian sisi hijab.
BACA : Mop Lantai Pakai Air Panas Mendidih, Ramai Tak Sangka Tips Ini Paling Menjadi
Cara tanggalkan minyak di tudung
Basuhan biasa sukar menanggalkan kesan capuk berkenaan dan akhirnya membuatkan tudung itu enggan dipakai lagi kerana nampak seperti selekeh. Akan tetapi, sebenarnya ada tips mudah bagi menghilangkan tompok minyak tersebut dan Puan Zuriaty Musa tampil berkongsikan rahsianya.
Lepas gosok-gosok bedak, biarkan seketika sebelum basuh
Hanya menggunakan bedak powder sahaja, anda cuma perlu tabur kemudian tonyoh di sekitar permukaan fabrik berminyak. Selepas dibiarkan seketika, barulah anda basahkan dengan air paip dan sental sebanyak beberapa kali. Sungguh menakjubkan, kesan ‘kepam’ itu benar-benar tertanggal dan tudung anda juga nampak seperti baru dibeli.
@zuriaty_musa Ada dua cara nak hilangkan kesan peluh/ minyak kat tudung. Ini cara yg pertama #kaktysukashare #tudung #toturialtudungshawl
Baju sekolah anak kena kuah pun saya buat macam ni, memang menjadi
Melalui ruangan komen, ramai yang rupanya akui tips tersebut benar-benar berkesan memandangkan mereka pernah mencuba cara sama. Selain itu, ada juga yang berkongsikan penggunaan sabun mandi jenis buku juga memberikan kesan sama.
.
Kredit : TikTok zuriaty musa & FB Resepi Pembuka Selera
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] Usah Biarkan Tudung Kepam, Rupanya Ini Cara Hilangkan Kesan Berminyak](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)