[VIDEO] Viral Adegan Tangkap Biawak, Tapi Gelagat ‘Kalut’ Remaja Jadi Perhatian

Apabila ternampak haiwan yang sedang terperangkap atau sesat di tempat tak sepatutnya, kita memang dianjurkan untuk sentiasa berbuat baik terhadap mereka. Namun begitu, tak semua binatang boleh dikendalikan dengan mudah seperti yang mempunyai bisa atau terlalu agresif. Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai gelagat sekumpulan remaja lelaki yang cuba menangkap seekor biawak.Β 

BACA:Β [VIDEO]Merengek Nak Tidur Atas Motor, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Budak Ini

Merdeka..sekali terlepas

Advertisement

Menerusi posting oleh saudara Muhammad Hafiz di laman Twitter, dalam video itu kelihatan seorang remaja merakam babak rakan-rakannya yang masih memakai baju seragam sekolah bekerjasama menangkap seekor biawak terperangkap di dalam longkang kawasan perumahan. Reaksi perakam yang pada mulanya takut tetapi selepas itu teruja dengan kejayaan menangkap haiwan itu telah mengundang tawa. Hal ini kerana biawak tersebut tiba-tiba terlepas dan masuk ke dalam rumah berdekatan dengan kawasan berkenaan.Β 

Advertisement

 

Ibarat pegang kucing

Advertisement

Di ruangan kapsyen, Muhammad Hafiz sempat berseloroh dengan berkata rakannya memegang haiwan reptilia itu seakan-akan memegang kucing. Meskipun kekecohan pada Jumaat lepas ini telah mendapat perhatian ramai, pemuda ini telah menjelaskan bahawa haiwan berkenaan telah diuruskan oleh pihak bomba yang dihubungi sejurus biawak itu terlepas buat kali kedua.

 

Semua berjaya mainkan watak masing-masing

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata turut terhibur dengan gelagat lucu remaja itu. Tidak kurangnya ada juga memuji peranan mereka yang terlibat dalam situasi itu. Video berkenaan telah meraih sebanyak 450 ribu jumlah tontonan dan 18 ribu retweets setakat ini.Β 

Advertisement

Sumber: Twitter hapiez

Advertisement

Apa Komen Anda?