[VIDEO] Viral Aksi TikTok, Kemunculan Adik Isabelle Di MeleTOP Cuit Hati Ramai

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak telah menjadi tular gara-gara aksinya menari TikTok lagu berjudul ‘Mengantuknya Mumia’ di sebuah sekolah. Bukan sahaja menjadi troll di segenap media sosial, malah kanak-kanak itu difahamkan sudah mempunyai bilangan pengikut yang ramai di Instagram. Terbaharu, kemunculannya dalam program bual bicara popular MeleTOP telah mendapat perhatian ramai netizen di luar sana. 

BACA: [VIDEO] Sporting Menari TikTok, Ramai Terkesima Wajah Menawan Ibu 4 Anak Ini

Advertisement

Isabelle datang MeleTOP

Rancangan yang menampilkan Nabil Ahmad dan hos undangan, Sherry Al-Hadad itu nyata meriah susulan persembahan daripada para selebriti undangan termasuklah bintang cilik viral berkenaan. Menerusi sesi temu bual bersama pemilik dan penulis lagu ‘Didi & Friends’, keletah si kecil itu nampaknya berjaya meraih sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir.

Advertisement

What she said? (minit 08:19)

Segmen temu ramah tersebut telah dimulakan dengan persembahan tarian daripada Isabelle berlatarbelakangkan lagu yang menjadi siulan remaja pada zaman kini. Meskipun berbicara dalam Bahasa Inggeris sepanjang tempoh berkenaan, keberanian serta kepetahannya menjawab semua soalan daripada hos telah membuatkan suasana di studio bertambah riuh.

Advertisement

Comelnya, mana nak beli keyakinan budak ini? 

Gelagat anak kelahiran Sarawak ini nyata telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-ratanya tampak tak keruan melihat kecomelannya selain memuji keyakinan yang dimiliki oleh kanak-kanak itu di atas pentas. Tidak cukup dengan itu, mereka juga tumpang berbangga melihat bakat semulajadi di cilik tersebut sambil berseloroh di ruangan komen. 

Advertisement

 

Advertisement

 

Sumber: Youtube MeleTOP

Advertisement

Apa Komen Anda?