Hiburan Viral

[VIDEO] Viral Berbakat Buat Tarian Ular, Peserta Hero Remaja Tak Kisah Dikecam

[VIDEO] Viral Berbakat Buat Tarian Ular, Peserta Hero Remaja Tak Kisah Dikecam

Sharing is caring!

Selepas penyandang gelaran Dewi Remaja diumumkan sekitar dua minggu lepas, kini pencarian bakat baru dalam Hero Remaja 2020 pula telah bermula. Difahamkan, ratusan peserta dari seluruh negara hadir ke sesi ujibakat program itu dengan harapan dapat layak ke peringkat seterusnya. Bagaimanapun fasa itu nyata bukan mudah untuk diharungi apabila perlu melalui penilaian selebriti berpengalaman.

BACA: [VIDEO] ‘Payung’ Tarian Lentik Blackpink, Remaja Sekolah Bikin Ramai Tergamam

Bakat tarian peserta ular curi tumpuan

Siapa sangka kehadiran peserta yang berasal dari Kelantan ini telah mencetuskan sensasi apabila melakukan sebuah tarian istimewa dalam sesi ujibakat beberapa hari lepas. Aksi ‘tarian ular’ daripada pemuda yang dikenali sebagai Mohamad Imran Che Ibrahim telah menjadi viral apabila meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan di laman Facebook rasmi majalah hiburan Remaja.


Minat bermula sebab drama ‘Naagin’

Menurut portal hiburan tersebut, Imran mendedahkan bahawa minatnya mula bercambah ketika menonton sebuah drama supernatural dari India yang berkisar tentang perjalanan hidup seorang puteri ular. Disebabkan tertarik dengan keunikan seni tarian tersebut, dia telah pun berkesempatan untuk mempelajari serta mempamerkannya di hadapan para juri pada hari ujibakat. 

[VIDEO] Viral Berbakat Buat Tarian Ular, Peserta Hero Remaja Tak Kisah Dikecam

[VIDEO] Viral Berbakat Buat Tarian Ular, Peserta Hero Remaja Tak Kisah Dikecam

Komen tak elok saya jadikan penguat semangat..


Apabila video itu mula mendapat perhatian ramai, pelbagai reaksi diberikan oleh para netizen terhadapnya. Meskipun ada yang memuji tahap keyakinan dimiliki Imran, namun ada juga yang mengkritik kelakuan tersebut seperti tak berfaedah dan sebagainya. Bagaimanapun, remaja berusia 18 tahun ini tetap kekal optimis dan menjadikan segala kata netizen itu sebagai pemangkin semangat dalam dirinya.

[VIDEO] Viral Berbakat Buat Tarian Ular, Peserta Hero Remaja Tak Kisah Dikecam

[VIDEO] Viral Berbakat Buat Tarian Ular, Peserta Hero Remaja Tak Kisah Dikecam
Kredit foto: Hero Remaja

Sumber: FB Remaja & IG majalahremaja


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini