Viral

[VIDEO] Viral Tulis Surat, Budak Rayu Rumah Ibadah Lebih Mesra Kanak-Kanak

[VIDEO] Viral Tulis Surat, Budak Rayu Rumah Ibadah Lebih Mesra Kanak-Kanak

Sharing is caring!

Minggu lalu tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang bernama Nadzrul Farhan telah mengirim sepucuk surat bagi menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Sebelum itu, dia pernah dihalau serta diherdik oleh seorang imam supaya beralih ke saf belakang ketika hendak menunaikan solat secara berjemaah di sebuah surau. Surat tersebut bagaimanapun berjaya mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


BACA: [VIDEO]Merengek Nak Tidur Atas Motor, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Budak Ini

[VIDEO] Viral Tulis Surat, Budak Rayu Rumah Ibadah Lebih Mesra Kanak-Kanak

“Tahniah pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul”

Tindakan Nadzrul telah membuat beliau kagum dengan kanak-kanak tersebut yang berani menegur perbuatan itu malah turut berniat berjumpa dengannya jika berpeluang serta ingin menghadiahkannya sesuatu. Membahasakan dirinya sebagai ‘pak cik’, Datuk Dr Zulkifli turut berpeluang menerangkan hukum hakam berkaitan saf solat bagi memberi pencerahan kepada orang ramai.


[VIDEO] Viral Tulis Surat, Budak Rayu Rumah Ibadah Lebih Mesra Kanak-Kanak

[VIDEO] Viral Tulis Surat, Budak Rayu Rumah Ibadah Lebih Mesra Kanak-Kanak

Janganlah herdik atau halau kanak-kanak

Budak berkenaan sekali lagi mendapat perhatian setelah ditemubual oleh seorang wartawan sebuah stesen TV. Jelasnya, dia berharap dengan penularan suratnya tempoh hari dapat membuka mata pihak yang menguruskan rumah ibadah untuk lebih mesra kanak-kanak. Tidak cukup dengan itu, anak muda ini turut meminta agar kanak-kanak tidak diherdik serta dihalau jika mereka ingin solat di saf hadapan bersama orang dewasa. Malah, dirinya turut mempersoalkan bagaimana hendak mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan jika di usia sebegini sering terhalang. 


Sumber: Twitter Zharif News MPB & Dr Zulkifli Al Bakri

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!