[VIDEO] Walaupun Disakat Dalam Pantun, Lisa Surihani Puji Aksi Lawak ‘Puteh’

Malam tadi, telah berlangsungnya persembahan bagi minggu yang kedua program realiti lawak iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019. Ternyata kesemua 14 bintang pelawak yang terdiri daripada individu dan berkumpulan antara 3 negara ini telah mempamerkan peningkatan dalam sketsa masing-masing. Namun begitu, perjuangan duo ‘ ‘Halus’ dan ‘Cali’ terhenti setakat episod kali ini sahaja apabila diumumkan tersingkir pada hujung program berkenaan.

BACA: [VIDEO] Sampai Banyak Mesej Tersirat, Gandingan Ajak, Ropie & PakYa Lawak Habis

Puteh bawa konsep pertandingan pantun

Manakala antara aksi yang paling menyerlah semalam pula adalah kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man Raja Lawak. Nampaknya percaturan mereka untuk mengetengahkan konsep lawak dalam pantun nyata tidak sia-sia apabila sering membuatkan seisi dewan serta penonton di rumah tak kering gusi.

Walaupun disakat…Lisa bagi 5 ‘Ha’

Di samping itu, trio yang baru pertama kali bergandingan ini juga sempat menarik perhatian ramai apabila mengajuk percakapan salah seorang juri tetap MLM 2019, iaitu selebriti terkenal Lisa Surihani. Meskipun begitu, aktres ini cukup terhibur dengan keseluruhan sketsa mereka dan memberikan markah 5 ‘Ha’.

Minggu Ke-2 MLM 2019 – Puteh

Lawak sempoi…pelat ‘R’ tu memang tak boleh tahan

Dalam pada itu, aksi cemerlang Puteh telah mendapat banyak reaksi positif netizen yang memberikan komen di laman YouTube dan Instagram masing-masing. Selain berharap agar kumpulan tersebut sentiasa konsisten dan mara ke peringkat akhir, ada juga yang tidak melepaskan peluang memuji penampilan menawan Lisa Surihani.

Sumber: YouTube roudinma

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?