[VIDEO] Walaupun Tanpa Bayaran, Misha Omar Nangis Beraksi Depan Banduan

Pada 2 dan 3 November 2019 yang lepas, telah berlangsungnya sebuah Konsert Koir Kebangsaan yang bertemakan Terapi Muzik: Doktor di Dataran RPD, Penjara Kajang. Program tersebut yang menampilkan pasukan Koir Kebangsaan Malaysia itu telah berjaya menghiburkan lebih 2,000 orang banduan dan tetamu awam yang lain. Walau bagaimanapun, satu persembahan oleh penyanyi terkenal Misha Omar telah menimbulkan rasa hiba buat tetamu serta dirinya sendiri. 

BACA: “Habis Konsert Ibu Bagi Susu” ; Netizen Terhibur Pesanan Tokti Untuk Aafiyah

Misha dilihat mengalirkan air mata (Minit 48:38)

Misha Omar adalah antara penyanyi undangan lain yang turut serta menghiburkan para penonton pada majlis tersebut selain dari Datuk Syafinaz Selamat. Lagu ‘Bunga-Bunga Cinta’ telah menjadi pilihannya untuk didendangkan di hadapan para banduan. Namun, wanita itu bertukar sebak saat mendengar mereka turut serta menyanyi bersama-sama dirinya sebelum turun dari pentas untuk berada lebih dekat. 

“Akhirnya saya dapat give back”

Menjengah ke laman Instagram dirinya, wanita itu mengakui sangat teruja untuk beraksi di hadapan para banduan. Misha turut bersyukur kerana setelah hampir sekian lama, dia akhirnya dapat melakukan sesuatu dengan menghiburkan orang yang disifatkan agak jauh daripada masyarakat luar.

Menyanyi dalam penjara detik yang berharga

Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi itu menegaskan dirinya tidak menerima sebarang bayaran dan telah menawarkan diri untuk turut serta selepas mengetahui perihal tersebut dari Datuk Syafinaz Selamat. Dalam konsert tersebut, pasukan Koir Kebangsaan Malaysia telah mendendangkan hampir 15 buah lagu manakala wakil daripada banduan telah menyampaikan 3 buah lagu serta tarian. 

Sumber: Facebook Harian Metro, Pentadbir Penjara dan Instagram Misha Omar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?