Viral

[VIDEO] Wanita Menangis ‘Perginya’ Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka

[VIDEO] Wanita Menangis ‘Perginya’ Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka

Di mata orang biasa, kucing mungkin cuma dianggap sebagai haiwan berbulu yang suka meleset di kaki orang sesuka hati. Namun bagi seorang ‘cat lover‘, si bulus mereka sudah dijaga persis keluarga sendiri. Bahkan, ada yang suka menggelarkan haiwan comel ini dengan panggilan ‘anak’ lantaran terlalu sayang. Maka tidak hairanlah, detik kehilangan selamanya begitu pahit untuk diterima mereka.

BACA : Tersentak Jumpa Kucing Warna Purple, Lelaki Gigih Kutip Bantu Bersih Spray Cat

Aku kehilangan teman suka & duka

Itulah antara detik paling menyedihkan yang perlu dihadam oleh seorang wanita dengan akaun TikTok Camelia ini. Dalam video yang dimuat naik sekitar 9 jam lepas, dia gagal menahan sedih mengenangkan pemergian kucing tersayang yang sudah dianggap sebagai teman dikala suka dan duka.

[VIDEO] Wanita Menangis ‘Perginya’ Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka

Hanya pencinta kucing saja faham

Kehilangan besar tersebut bukan sekadar ‘perginya’ seekor haiwan peliharaan biasa semata-mata. Sebaliknya, separuh jiwanya juga seakan dibawa pergi melihat kucing itu longlai tidak lagi bermaya di pangkuannya. Berada di dalam kereta, wanita ini terus menangis sehingga air matanya membasahi tudung yang sedang dipakai.

@gulakapashanna

Aku kehilangan teman setia suka duka🥺 pencinta kucing yang akan faham

♬ original sound – mek.fa 🕊 – mek.fa 🕊

Jaga kucing dari kecil sampai besar…Saat macam ni perit untuk hadap

Selaku pencinta kucing, ramai netizen memahami tahap kesedihan yang dirasai oleh wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka berkongsikan semula kisah duka masing-masing mengenai detik kehilangan bulus tersayang termasuklah angkara penganiayaan jiran sendiri.

[VIDEO] Wanita Menangis ‘Perginya’ Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka

[VIDEO] Wanita Menangis ‘Perginya’ Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka

[VIDEO] Wanita Menangis ‘Perginya’ Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka [VIDEO] Wanita Menangis ‘Perginya’ Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka

Kredit : TikTok camelia

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Wanita Menangis ‘Perginya’ Kucing Tersayang, Tiada Lagi Teman Suka Duka

Facebook

Telegram

Kasut