Viral

[VIDEO] Wanita Nangis Masa Live Diejek Tiada Anak, Jawapan Suaminya Undang Sayu

[VIDEO] Wanita Nangis Masa Live Diejek Tiada Anak, Jawapan Suaminya Undang Sayu

Sharing is caring!

Dugaan seorang wanita yang belum lagi merasai rezeki untuk menimang anak sendiri memang cukup besar. Bukan sahaja tertekan atau mungkin menyalahkan diri sendiri di atas situasi berkenaan, malahan cemuhan daripada orang sekeliling juga cukup untuk meranapkan dinding kesabaran yang sudah cuba untuk dipertahankan sebaik-baiknya selama ini. Tidak ketinggalan, Puan Rozyana Roslan turut berdepan dugaan sama sehingga membuatkan dirinya gagal menahan sebak.


BACA : Fakta Kehamilan Walaupun Gugur 3 Kali Berturut, Wanita Boleh Mengandung Lagi

Saya tak tahu apa salah saya pada dia, tiba-tiba dia tanya mana anak

Dalam video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, wanita ini mendedahkan seakan-akan diejek oleh seorang individu dengan gelaran ‘Angah’ dalam sebuah sesi live tempoh lalu. Mempersoalkan hal berkaitan anak secara berulang kali, Puan Rozyana terus menerima respon yang cukup mengguris hati meskipun sudah menjawab pertanyaan itu dengan cara baik. Tidak ketinggalan, dia juga sempat menunjukkan 3 ekor kucing peliharaannya yang sudah dianggap dan dijaga dengan penuh kasih sayang umpama anak sendiri.


[VIDEO] Wanita Nangis Masa Live Diejek Tiada Anak, Jawapan Suaminya Undang Sayu

Suami aku kata maafkan jela orang macam ni

Selain itu, suaminya di sebelah pula dilihat memberikan reaksi tenang yang cukup mengundang rasa sayu apabila isterinya menerima ejekan daripada individu tidak dikenali. Lelaki ini percaya bahawa suatu hari nanti mereka berdua pasti akan diberikan peluang menimang anak sendiri berbekalkan keyakinan terhadap rezeki Allah. Paling penting, dia sudah berusaha untuk membahagiakan isteri dan keluarganya terlebih dahulu buat masa sekarang.


[VIDEO] Wanita Nangis Masa Live Diejek Tiada Anak, Jawapan Suaminya Undang Sayu

@rozyana93

Suami aku kata maafkan jelah orang yang cakap macam tu. Kalau tak, hati tak tenang. Saya maafkan orang yang bernama angah. Terima kasih 💕

♬ original sound – rozyanaroslan2 – rozyanaroslan2

Sumber : TikTok Puan Rozyana Roslan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini