[VIDEO] Wanita Suspek Koronavirus Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Melalui Caesar

Seperti yang kita sedia maklum, dunia kini sedang kecoh dengan penularan virus dikenali sebagai Novel Koronavirus. Virus ini telah menyebabkan lebih 4 ribu orang dijangkiti dan lebih dari 100 orang sudah kehilangan nyawa. Oleh kerana virus berkenaan masih baharu, sehingga sekarang tiada lagi sebarang penawar dicipta untuk melawan wabak tersebut. Malahan, kajian terhadap jangkitan itu juga masih lagi dijalankan.

BACA: Bayi Bukan Selsema Sebab Ibu Minum Ais, Dr Imelda Tampil Beri Jawapan ‘Padu

Suspek Koronavirus selamat lahirkan bayi

Terbaharu, tular satu video di Twitter di mana sekumpulan doktor  menyambut kelahiran seorang bayi lelaki di Wuhan pada malam Tahun Baru Cina. Bayi yang dilahirkan dengan berat 3.1kg melalui operation caesar itu juga dikatakan telah dihantar pulang ke rumah bagi mengelakkannya terdedah kepada virus itu.

Advertisement

Advertisement

Lengkap berpakaian hazmat

Berdasarkan video itu juga, doktor-doktor yang menyambut kelahiran bayi itu kelihatan lengkap berpakaian hazmat bagi melindungi diri mereka dari jangkitan Koronavirus. Menurut salah seorang doktor tersebut, mereka langsung tidak dapat melihat dan mendengar dengan jelas dengan pakaian itu.

Keadaan semakin merosot

Seorang doktor yang melakukan operation tersebut memberitahu keadaan ibu kepada bayi berkenaan semakin merosot sebelum dia melahirkan anaknya. Wanita tersebut disyaki dijangkiti Koronavirus dan dia tidak dapat menerima rawatan yang sepatutnya kerana sedang mengandung. Kehamilannya juga telah memberikan tekanan yang hebat terhadap dirinya.

Advertisement

Jangkitan masih tidak dapat disahkan

Walaupun bayi lelaki itu sudah dihantar pulang ke rumah, wanita berumur 28 tahun itu masih ditahan di pusat kesihatan tersebut. Hal ini kerana, jangkitan yang dialaminya itu masih tidak dapat disahkan oleh pihak perubatan. Namun begitu, ibu kepada bayi tersebut memberitahu dia hanya mahukan anak lelakinya itu sihat.

Sumber: Twitter globaltimesnews & The Jerusalem Post

Advertisement

Apa Komen Anda?