[VIDEO] Wanita Terkesima Lihat Aksi Pekerja Asing Hasil Api Guna Bahan Makanan

Bagi yang pernah menonton filem Bollywood yang bertajuk ‘3 Idiots‘ lakonan Aamir Khan dan Kareena Kapor pasti kagum melihat idea-idea mengenai life survival yang sangat kreatif. Adegan cerita ikonik berkenaan telah memberi inspirasi  serta pengetahuan berguna kepada netizen khususnya. Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan aksi yang mengingatkan kepada adegan dalam cerita berkenaan.  

BACA: Setahun Susut 45kg, Gadis Kongsi Tips ;Diet Atkins Yang Strict Tapi Berbaloi

Ternganga sis yang masuk uni tapi bengap

Advertisement

Video tersebut dirakam oleh seorang wanita, @janatunmaqwa yang juga berjiran dengan sekumpulan pekerja asing. Seorang daripada mereka dilihat menggunakan skil tersendiri untuk membentuk bahan bakar. Hanya menerusi campuran yis, gula, air serta serbuk penaik, lelaki tersebut berjaya menghasilkan api. Gabungan bahan-bahan makanan berkenaan dipercayai telah mengakibatkan satu tindak balas elektrik.

 

Advertisement

Gabungan yis dan gula hasilkan ethanol

Pekerja asing tersebut turut menggunakan beberapa alat seperti wayar getah, botol yang  disambung dengan punca elektrik bagi menghasilkan bahan bakar berkenaan. Seorang netizen sempat mengeluarkan pendapatnya mengatakan reaksi tersebut terjadi apabila gabungan yis dan gula akan menghasilkan ethanol (alkohol) sebelum mengalami proses pembakaran dan menghasilkan api.

Gambar Sekadar Hiasan

Mostly diorang ni pandai-pandai tau, ada degree.

Advertisement

Tindakan berkenaan dianggap sangat bijak oleh netizen. Mereka turut mengakui, kebanyakan pekerja asing yang datang bekerja di Malaysia mempunyai ijazah serta kemahiran dalam pelbagai bidang. Walau bagaimanapun, memandangkan negara mereka mempunyai terlalu ramai penduduk menyebabkan kekurangan dari segi peluang pekerjaan serta lambakan pemegang ijazah. 

Sumber: Twitter Jannatun Maqwa 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?