Mengenangkan semula kesabaran ibu dan ayah membesarkan anak-anak sejak kecil sudah tentu membuatkan kita berazam untuk membalas semula jasa tersebut suatu hari nanti. Bukan sahaja tekad menjadi anak yang baik, malahan sedikit kejutan kecil dan sederhana juga sudah cukup untuk menggembirakan hati mereka. Turut mengambil kesempatan untuk membahagiakan ibunya sendiri, seorang pemuda ini ikhlas memberikan hadiah yang cukup bermakna.
BACA : 9 Tahun Kahwin Tak Pernah Belikan, Isteri Sebak Dibawa Suami Ke Kedai Emas
Terima kasih…Weh berapa ribu kau beli ni?
Melalui perkongsian TikTok @atonq yang sudah meraih lebih 79 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik kelmarin, dapat disaksikan pemuda ini telah menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada ibunya. Dalam keadaan bertelekung, ternyata wanita tersebut benar-benar gembira apabila disuakan kotak love berona merah menyala tersebut. Sempat juga berseloroh lucu mengenai harga barang kemas berkenaan, namun dia mengucapkan terima kasih dengan penuh girang kepada anaknya di atas pemberian tulus berikut.
@atonq To buy my mom “barang kemas” is always in my bucket list.. this might be nothing to some but it meant a lot to me.. and her (i hope)..
Belum try dah cakap muat…Allahu seronok dengar maknya jerit
Mungkin pemberian sedemikian rupa terlihat biasa-biasa sahaja, namun pemuda ini menyifatkannya sebagai detik yang penuh bermakna. Tambahan pula, memberikan ibunya barang kemas memang sudah menjadi impiannya selama ini. Bukan sahaja memuji keikhlasan, malahan netizen sangat gembira melihat respon si penerima selain mendoakan yang terbaik kepada pemuda berkenaan.
Sumber : TikTok atonq
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] “Wey Berapa Ribu?”-Anak Belikan Cincin Emas, Reaksi Ibunya Comel Teruk](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)