[VIDEO] “Yang Kau Pulas-Pulas Tu Apa Hal?” -Member Baru Berangan Dah Kena Sound

Bila berbicara tentang alam universiti, pasti banyak kisah menarik untuk diceritakan. Dalam kesibukan bergelar seorang mahasiswa, detik-detik indah bersama rakan masih sempat dicoret sebagai kenangan untuk simpanan masa hadapan. Seperti seorang pemuda ini yang sempat ditegur oleh pensyarahnya selepas berhibur sewaktu proses pembelajaran sedang berlangsung sehingga akhirnya mencuri perhatian ramai di laman Twitter. 

BACA: [VIDEO] Pelajar Tong Duit Beli Hadiah Perpisahan, Reaksi Guru Jadi Perhatian

Tengah syok tetiba kena tegur

Advertisement

Video tersebut telah dikongsikan oleh Irfan Salim dan akhirnya tular di media sosial berkenaan. Pelajar lelaki itu kelihatan lighat bermain dengan sebuah alat sambil berpura seolah sedang menjadi DJ di kelab malam. Namun belum sempat menghabiskan ‘persembahan’ spontannya, dia ditegur oleh pensyarah yang kebetulan lalu di sebelah meja tempatnya duduk. Malu dengan teguran itu, pemuda tersebut menundukkan wajahnya sambil diketawakan rakan-rakan yang lain.

Cepat cikgu dia bergerak, tadi kat belakang macam ‘yondaime’ 

Perkongsian berkenaan telah mendapat lebih 156,000 jumlah tontonan beserta 19,800 retweets. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan berkenaan di samping memuji aksinya yang dilihat seiring dengan lagu latar. Walau bagaimanapun, ada satu lagi aksi yang turut mencuit hati apabila mereka turut menyedari pergerakan pantas pensyarah tersebut. Jika tadinya wanita itu berada di sebelah kiri kelas, secara tiba-tiba pula dia muncul di sisi lelaki berkenaan. 

Advertisement

Sumber: Twitter Irfan Salim

Advertisement

Apa Komen Anda?