[VIDEO] Yoe Parey Siap Minta Izin Nak Jadi Menantu Ibu Bella, Lucu Habis!

Berbekalkan lakonan lawak yang bersahaja, nama YouTuber sensasi Syahmi Sazli serta para pelakon ‘Drama Spontan’ iaitu Asif dan Yoe Parey nampaknya semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Meskipun kedua-dua mereka menghidap mild autisme, namun itu tidak menjejaskan peluang mereka untuk mencipta fenomena serta bergaul dengan para selebriti dalam dunia industri hiburan tempatan.

BACA: “Awak Sayang Saya Tak?” – Dah 13 Tahun Kahwin, Isteri Asyik Tanya Soalan Sama

Mak…boleh I jadi menantu you?

Terbaru, Syahmi ada memuat naik video yang menampilkan Yoe Parey bersama Bella Astillah serta keluarganya di sebuah restoran. Jika sebelum ini tular rakaman dia mengajak Bella untuk couple, nampaknya Yoe kini semakin berani apabila dia ‘meminta restu’ dari ibu penyanyi dan aktres berkenaan untuk menjadi menantunya.

View this post on Instagram

Yoe ckp dia rindu sgt dkt @bellaastillah . Jadi, Bella dtg utk ubati rindu yoeπŸ˜‚ @yoe_parey

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

Kemah Yoe…takut kejap lagi Aliff marah nanti

Dalm video ini juga, Bella ada juga bertanya mengapa pemuda istimewa ini tidak menghubunginya selepas perjumpaan tempoh hari. Mereka sempat berseloroh dan berbalas pickup line sebelum pelakonΒ  drama ‘Cinta Belum Tamat Tempoh’ ini menyuruh Yoe meminta izin daripada ibunya sendiri tentang ‘perhubungan’ mereka. Tatkala wanita tersebut memberi jawapan setuju, reaksi Yoe nyata menghiburkan ramai termasuklah netizen yang membanjiri ruangan komen video berkenaan.

Sumber: IG syahmisazli & yoe_parey

Apa Komen Anda?